Sabtu, 25 Mei 2013

Kosmo Online - Varia

0 ulasan

Kosmo Online - Varia


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Berita Harian: Hip

0 ulasan

Berita Harian: Hip


Luna Maya bangkit semula

Posted: 24 May 2013 04:26 PM PDT

Aktres Indonesia akui aksi terlampau bersama Ariel Peterpan tetap jadi sejarah hitam

Titik hitam yang berlaku sukar dipadamkan dalam riwayat hidup aktres terkenal Indonesia, Luna Maya, 29. Apakah mungkin ia menjadi episod hitam yang terus dikenang selama-lamanya?

Melihat pelakon yang kini bergelar pengarah filem itu, pastinya terbayang video aksi terlampau beliau bersama vokalis kumpulan Peterpan, Ariel. Biarpun kisah hitam itu sudah berlalu kira-kira tiga tahun lalu, tapi masih menjadi cerita yang tidak berpenghujung. Sehingga kini, melihat anak kelahiran Bali, Indonesia itu, wartawan mahupun peminatnya masih mengasak dengan kisah aksi terlampau bersama Ariel.
Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," Luna

Kunjungan Luna ke Kuala Lumpur untuk memperkenal dan mempromosikan filem pertama arahan dan terbitannya berjudul Pintu Harmonika turut menerima tempias sama. Bagaimanapun, Luna seakan bersedia, biarpun raut wajahnya masih malu dan sukar meluahkan apa yang pernah berlaku. Luna, bagaimanapun menjawab persoalan dengan baik dan manis muka, tanpa rasa tersinggung.

Wartawan B*POP sempat menemubual Luna secara eksklusif sejurus sidang akhbar filem Pintu Harmonika di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur, minggu lalu. Filem terbitan Malka Pictures yang diarahkan Luna bersama dua lagi pengarah wanita, Ilya Sigma dan Sigi Wimala disiarkan serentak di pawagam seluruh Indonesia dan saluran Astro First sejak 23 Mei lalu.

Jujurnya, Luna mengakui: "Tahun 2010 menjadi sejarah hitam yang tidak mampu dilupakan. Biarpun, sukar menempuhnya, tapi akhirnya, saya merasakan banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kalau saya tidak kuat menghadapinya, mungkin saya sudah membunuh diri atau jadi gila. Tapi, Tuhan Maha Kaya, Tuhan memberi kekuatan yang luar biasa.

"Awalnya, saya melalui detik yang terlalu sukar dalam hidup. Sudahlah terpalit malu, saya pula bakal didakwa di mahkamah ketika itu. Itulah, jika tiada kekuatan, mungkin saya sudah menamatkan hidup. Bagaimanapun, saya bukanlah terdesak sampai melakukan perbuatan yang ditegah agama. Saya masih waras. Jika saya fikir bebanan yang ditanggung berat, ada ramai lagi di luar sana menghadapi detik lebih sukar dalam hidup. Inilah ujian hidup saya.
"Saya menyendiri lebih setahun, mujurlah ada keluarga dan teman baik memberi kekuatan. Pada saat itu, saya banyak berfikir. Soal malu bertentang mata dengan masyarakat sudah diketepikan kerana ada masalah lebih besar menghimpit diri. Saya bakal dikenakan hukuman, mungkin akan dipenjarakan.

"Kadang kala timbul juga perasaan jahat apabila ada yang merenung saya. Apa yang mereka fikirkan ya? Tapi, sentiasa positif, biarlah mereka fikir apa pun, saya tidak mahu bebanan itu membuatkan saya berpenyakit. Kekuatan yang Tuhan memberikan membuatkan saya bernafas semula. Saya fikir, jika diri saya tidak dihimpit kontroversi ini, saya masih lagi sibuk dengan penggambaran sinetron dan filem yang tidak berkesudahan. Saya juga terikat dengan banyak projek lain sebagai duta.

"Hidup saya sentiasa berkejar ke sana sini hingga saya tiada masa untuk diri saya. Jauh sekali mahu bercuti dengan keluarga. Terlalu penat hingga kadang kala saya saya rasa tidak berdaya. Bila dihimpit permasalahan ini, hidup saya amat terasa tekanan, tapi saya diberi ruang muhasabah diri dan menenangkan fikiran.

"Saya dapat jalan penyelesaian selepas berehat lama menyendiri. Apa yang saya harapkan, saya dapat menggembirakan hati yang kerap terluka ini," katanya yang masih berhubung dengan Ariel sebagai teman, tetapi enggan mengulas panjang.

"Usah bertanya lagi tentang Ariel, kami masih kawan. Saya sudah bosan, setiap kali melihat wajah saya, pasti nama Ariel dikaitkan. Cerita dulu saya sudah tutup buku. Kini, saya lebih senang menyendiri," katanya yang turut membintangi filem usaha sama Indonesia dan Jepun berjudul Killers.

Menyentuh mengenai filem Pintu Harmonika, Luna berkata idea menghasilkan filem itu tercetus ketika dirinya berehat panjang.

Sebelum ini, Luna pernah mengarahkan klip video beberapa penyanyi Indonesia dan filem pendek, Suci In The City pada 2008.

"Itu yang saya katakan tadi, apa yang berlaku banyak hikmah di sebaliknya. Saya punya masa untuk menghasilkan skrip filem, selain mencari pelabur.

"Sebenarnya dulu, saya hanya menjadi produser tapi apabila ada teman artis yang memberi ruang kepada saya untuk mengarahkan klip video mereka, saya rasa seronok. Keseronokan pula bertambah apabila saya sibuk di lokasi penggambaran. Saya belajar satu persatu kerja di belakang tabir.

"Bukan mudah bergelar pengarah kerana saya perlu ambil tahu setiap perkara dan bekerja dengan lebih pelakon dan kru produksi. Kerja yang bukan mudah, tapi memberi kepuasan.

"Filem Pintu Harmonika menampilkan tiga kisah yang dialami individu berbeza dalam konflik hidup. Berlatarbelakangkan kawasan kejiranan rumah kedai yang serba sederhana, watak-watak ini berkongsi pengalaman dalam tiga genre berbeza. Ada drama, komedi romantik dan seram.

"Ia dibintangi Fauzan Nasrul, Karina Salim, Donny Damara, Barry Prima, Jenny Chang, Adam Putra Pertama dan Nasya Abigail. Pelanggan Astro yang ingin menonton hanya perlu membayar RM15 bagi setiap tempahan dan filem berkenaan akan ditayangkan dalam tempoh masa 48 jam selepas pembelian," katanya.

Lebih mantap

Posted: 24 May 2013 03:43 PM PDT

Filem sekuel Fast and Furios 6 padat aksi, drama buat penonton tak senang duduk

Kembali dengan aksi dan pengembaraan lebih mantap, kemunculan filem sekuel ikutan ramai iaitu Fast and Furious 6 cukup dinantikan. Siri keenam arahan sutradara Justin Lin ini lebih padat dengan aksi dan drama hingga ke penghujung cerita.

Mengekalkan barisan pelakon sama dari sekuel yang lalu iaitu Vin Diesel, Paul Walker dan Dwayne Johnson, mereka kembali bergabung bersama krunya, Jordana Brewster, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Sung Kang, Gal Gadot, Chris Bridges dan Elsa Pataky melawan penjenayah baru yang dihidupkan oleh Luke Evans dan Gina Carano.

Selepas kejadian 'Fast Five', penjenayah profesional, Dominic Toretto (Vin Diesel) dan krunya menjadi kaya-raya tapi rekod jenayah menghalang mereka kembali ke negara sendiri.

Ajen, Luke Hobbs (Dwayne Johnson) dari Diplomatic Security Service (DSS) memberi mereka pilihan, di mana dia akan melupuskan hukuman jika mereka membantu polis melumpuhkan kegiatan jenayah yang diketuai Owen Shaw (Luke Evans).

Namun, itu bukanlah sebab utama Toretto dan krunya membuat keputusan menjejaki Shaw, sebaliknya mahu membawa pulang kekasih lama Torreto dan ahli kru mereka yang disangka sudah mati pada sekeul sebelum ini, iaitu Letty (Michelle Rodriguez).

Bertambah rumit lagi apabila Letty yang menjadi pembantu kepada Shaw hilang ingatannya. Namun, atas semangat berkumpulan yang kuat, Toretto dan krunya bekerjasama menyelamatkan Letty daripada menjadi mangsa Shaw.
Tidak mudah untuk menghapuskan Shaw, di mana Hobbs sebelum ini pernah menjejakinya dengan merentasi 12 negara tapi masih gagal. Justeru, dengan ketangkasan dan kepintaran Toretto dan krunya bekerja, mereka diberi kepercayaan sepenuhnya untuk menandingi Shaw.

Hanya ada satu cara untuk mereka menghentikan jenayah Shaw iaitu dengan mengalahkannya di perlumbaan jalanan. Sinonim dengan sekuel ini, senjata, peralatan canggih serta kereta berkuasa tinggi menjadi penarik utama. Deruman kereta lumba membuatkan adrenalin penonton bertambah laju.

Spekulasi bakal disambung

Mengambil lokasi di kota London yang menjadi antara kota paling sibuk di dunia. Sutradara bijak bermain dengan lenggok drama dan aksi yang dipaparkan bagai tiada penamat.

Penonton bukan sekadar tidak senang duduk melihat aksi dan adegan pertarungan dalam filem ini, malah sekali sekala ketawa dengan keletah kru Toretto yang mempunyai pelbagai ragam serta melucukan.

Tidak hanya menyuntik elemen aksi dan menekan kehebatan sinematografinya di bandar besar, Fast And Furious 6 mendalami isu hubungan kekeluargaan yang boleh dicontohi.

Sementara itu, penamat yang dipaparkan bagai memberi tanda-tanda adanya sambungan kepada kisah ini. Jadi penonton rasanya boleh mengharapkan kemunculan episod ketujuh kelak.

Filem: Fast and Furious 6
Pengarah: Justin Lin
Pelakon: Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster, Tyrese Gibson, Michelle Rodriguez, Sung Kang, Chris Bridges, Luke Evans dan Gina Carano
Genre: Aksi / Jenayah / Thriller / Pengembaraan
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: Mulai 23 Mei 2013

Utusan Online - Johor

0 ulasan

Utusan Online - Johor


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

mStar Online : Jenayah

0 ulasan

mStar Online : Jenayah


Polis Tumpas Sindiket Ugut Usahawan Warga China

Posted:

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket yang menjadikan usahawan dari negara China sebagai tahanan sebelum mengugut mereka membayar wang tebusan, selepas tertangkapnya seorang lelaki tempatan yang merupakan salah seorang anggota sindiket, pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan apabila polis menyerbu sebuah coffee house di Jalan Pinang, di sini, selepas menerima laporan daripada seorang warga China bahawa majikannya telah dikurung anggota sindiket itu di sebuah hotel lima bintang di ibu negara.

"Bertindak atas laporan itu, polis telah menahan suspek semasa beliau sedang menunggu wang tebusan yang akan diserahkan oleh staf mangsa. "Siasatan mendapati sindiket ini terdiri daripada warga tempatan dan warga China yang dipercayai dalang dalam mengatur perangkap untuk memaksa mangsa membayar wang tebusan dengan menggunakan hotel berstatus lima bintang sebagai lokasi mengurung dan melakukan peras ugut terhadap mangsa," katanya dalam kenyataan media, di sini, Sabtu.

Zainuddin berkata modus operandi sindiket ialah menghubungi mana-mana peniaga di negara China dengan memperkenalkan diri dan mengaku sebagai wakil syarikat Malaysia atau Singapura untuk perbincangan sebelum mengatur perjumpaan dengan peniaga dari China tersebut di Kuala Lumpur.

Beliau berkata tindakan anggota sindiket menggunakan pelbagai alasan dengan mendakwa kononnya mangsa berhutang judi sehingga menyebabkan mangsa berasa tidak selamat akhirnya terpaksa membayar wang tebusan untuk menyelamatkan diri.

Sehubungan itu polis kini sedang menjejaki saki-baki anggota sindiket dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah Insp Mohd Yusri di talian 013-2093736 atau pejabat 03-26002222. -BERNAMA

Dua Pasangan Suami Isteri Antara 68 Warga Asing Ditahan Imigresen Melaka

Posted:

ALOR GAJAH: Seramai 68 warga asing termasuk dua pasangan suami isteri ditahan Jabatan Imigresen Melaka atas pelbagai kesalahan di dua lokasi di negeri itu. Pengarahnya, Kamalludin Ismail berkata dalam serbuan pertama di sebuah pangsapuri di kawasan Perindustrian Kelemak di sini kira-kira 11 malam tadi, dua pasangan suami isteri warga Myanmar berusia 30-an ditahan di dua unit rumah yang dijadikan kedai makan dan menjual barangan runcit.

Beliau berkata seramai 18 lagi warga asing turut ditahan di kawasan pangsapuri tersebut dalam operasi melibatkan 45 anggota Jabatan Imigresen itu.

"Operasi melalui risikan selama seminggu ini berikutan aduan orang ramai terhadap gangguan bunyi bising dan pergaduhan yang sering berlaku di kalangan warga asing di kawasan tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Kamalludin berkata dalam serbuan kedua di kawasan rumah kongsi di Paya Rumput Perdana, Melaka Tengah di sini kira-kira 1 pagi, 46 warga asing berusia antara 21 hingga 43 tahun ditahan.

Katanya warga asing dari Indonesia, Pakistan dan Nepal itu didapati melakukan kesalahan tinggal lebih masa, menyalah guna pas serta masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit atau pas sah. -BERNAMA

Harian Metro: Mutakhir

0 ulasan

Harian Metro: Mutakhir


'Jadi bodoh' beli azimat

Posted: 24 May 2013 11:35 AM PDT

Ipoh: Bertopengkan kaedah perubatan Islam, seorang bomoh menggunakan 'kepakarannya' untuk memperdaya seorang peguam wanita hingga kerugian lebih RM120,000 ketika menjalani rawatan penyakit misteri dan gangguan aneh dialami mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzana, 33, bertemu bomoh berkenaan selepas tidak tahan dengan penyakit aneh selain dikatakan kerap diganggu makhluk halus.


Menurutnya, dia mengalami penyakit dan gangguan mistik itu selepas bercerai dengan suami menyebabkan tumpuannya pada kerjaya terjejas.

"Saya mulanya tidak percaya dengan benda ghaib ini, namun selepas kehidupan dan kerjaya saya terganggu, saya menemui bomoh berusia 50-an itu yang cukup dikenali ramai di bandar raya ini.


"Saya terdorong mendapatkan khidmat rawatannya kerana dia mendakwa mengamalkan kaedah perubatan secara Islam," katanya yang kali pertama menemui bomoh terbabit pada Februari lalu.


Ketika menemui bomoh itu, kata Suzana, dia disuruh membeli empat azimat yang setiap satu berharga RM20,000 kerana didakwa mampu melindunginya dan keluarga daripada perbuatan khianat serta gangguan makhluk halus.

Awal bulan lalu, mangsa berkata, bomoh itu menawarkan pula sejenis batu cincin bernilai RM30,000.


"Dia mendakwa didatangi mimpi yang menyuruhnya memberikan batu itu kepada saya atas alasan tertentu," katanya ketika ditemui.

Peguam itu berkata, dia seolah-olah jadi bodoh dan percaya semua kata-kata bomoh itu sebelum menyerahkan wang diminta tanpa banyak soal. Selain membeli azimat dan batu cincin daripada bomoh terbabit, dia membuat bayaran rawatan lebih RM10,000 kepada bomoh itu menjadikan nilai keseluruhan wang dibelanjakan lebih RM120,000. Bagaimanapun, Suzana mula menyedari diperdaya apabila ibu menegur tindakannya yang percaya kepada azimat dan batu cincin berkenaan.


"Ibu kata perbuatan itu syirik kerana menyekutukan Allah. Saya seperti baru tersedar kesilapan saya, apatah lagi penyakit saya masih tidak menunjukkan tanda sembuh," katanya.


Berikutan itu, Suzana amat kesal dengan tindakan segelintir bomoh yang disifatkannya hanya memperdagangkan nama perubatan Islam sedangkan apa yang mereka lakukan jelas satu penipuan, selain bertentangan dengan syariat.


"Ini bukan kali pertama saya ditipu kerana sebelum ini saya pernah disogok dengan pelbagai produk sampingan ketika menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan Islam lain.


"Saya yakin bukan saya saja yang menjadi mangsa penipuan ini, malah ramai lagi pesakit turut mengalami kerugian sama," katanya yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya.


Ditanya mengapa dia tidak membuat laporan polis berikutan penipuan dan kerugian besar dialaminya, Suzana berkata, sebagai pengamal undang-undang, dia sedar tindakan itu tidak banyak membantu disebabkan kekurangan bukti.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25

'Pembaca meter' samun wanita

Posted: 24 May 2013 11:35 AM PDT

Subang Jaya: Terpedaya dengan dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB), seorang wanita serta anaknya kerugian hampir RM30,000 selepas dirompak di rumah mereka di USJ 2, di sini, kelmarin.

Dua penjenayah berusia lewat 20-an itu memakai pakaian seragam TNB bagi memperdaya mangsa dan mereka yang dipercayai bergerak aktif sejak lebih enam bulan lalu sudah menyamun lebih 10 mangsa.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, dalam kejadian terbaru jam 1.30 tengah hari kelmarin, dua lelaki terbabit menggunakan modus operandi sama ketika menyamun seorang suri rumah berusia 54 tahun dan anak lelakinya.

Menurutnya, dua suspek terbabit datang ke rumah mangsa menaiki motosikal Suzuki sebelum mendakwa mahu memeriksa meter elektrik di rumah itu. "Seorang suspek meminta kebenaran mangsa untuk masuk dalam rumahnya konon untuk memeriksa penghawa dingin manakala rakannya segera menutup pintu rumah sebelum mengeluarkan parang. "Suspek mengikat kaki dan tangan dua beranak itu sebelum mengambil barang kemas milik mangsa yang dianggarkan bernilai RM30,000," katanya ketika dihubungi, semalam.


Yahaya berkata, hasil siasatan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek, pihaknya kini mengenal pasti identiti seorang daripada mereka dan usaha menjejaki mereka masih dilakukan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25

Harian Metro: Setempat

0 ulasan

Harian Metro: Setempat


Amarah ribut

Posted: 24 May 2013 11:00 AM PDT

Kuala Lumpur: "Saya nampak lima khemah yang dipasang depan surau terbang dan menghempap bumbungnya," kata Baharuddin Mat Ayed, 58, saksi kejadian ribut sekitar Pekan Sungai Besi, di sini petang semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Surau Jumaat (sementara) Ibnu Khaldun berkata, melihat khemah diterbangkan ribut itu, dia dan 10 jemaah lain di dalam surau segera menutup pintu dan tingkap surau.


"Hujan lebat bermula jam 4 petang dan selesai solat Asar, jemaah beransur pulang, hanya tinggal saya dan kira-kira 10 jemaah lain.

"Kira-kira jam 4.45 petang itu, ribut melanda dan menerbangkan lima khemah di depan surau ke atas bumbung surau," katanya ketika ditemui semalam.


Beliau berkata, akibat kejadian itu bumbung surau dan kuarters imam yang terletak bersebelahan mengalami kerosakan teruk.


Sementara itu, Pengerusi surau berkenaan, Hamzah Abdul Wahab, 64, berkata surau berstatus sementara itu dibina sejak Februari lalu berikutan masjid baru masih dalam proses pembinaan dan dijangka siap dua tahun lagi. Menurutnya, sebaik saja dimaklumkan kejadian dia yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas solat Asar berpatah balik ke surau.

Foto

BUMBUNG Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi turut rosak dilanda ribut.

Foto

BUMBUNG surau rosak dilanda ribut.

"Sebaik tiba, saya lihat lima khemah sudah berada atas bumbung surau selain air hujan turut membasahi belakang surau akibat bumbung berkenaan ranap dihempap khemah," katanya.


Beliau berkata, kerugian akibat kerosakan itu dianggarkan lebih RM40,000 dan beberapa ahli jawatankuasa bekerjasama menurunkan semua khemah yang sudah musnah keseluruhannya.

Sementara itu, ribut yang melanda turut menyebabkan empat rumah papan dan satu bengkel yang terletak kira-kira satu kilometer daripada Surau Jumaat Ibnu Khaldun, musnah akibat dihempap pokok besar. Pemilik satu daripada rumah terbabit, Mohd Razwan Ismail, 36, menyifatkan ribut kuat itu seperti `puting beliung' sebelum rumahnya musnah dalam sekelip mata.


"Mujur kawan saya yang ketika itu tidur dalam sebuah bilik tidak cedera akibat dihempap pokok. Dia berjaya keluar daripada celahan pokok dan almari biliknya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25

Berita Harian: Mutakhir

0 ulasan

Berita Harian: Mutakhir


Perebutan sesama sendiri antara faktor kalah: Azmin

Posted: 25 May 2013 01:18 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengakui perebutan sesama rakan sekutu dalam pakatan pembangkang punca parti itu kalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Semenyih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.

Azmin berkata, kepimpinan tertinggi PKR harus bertegas dalam keputusan yang dibuat dalam mesyuarat berhubung perkara itu.

"Kita bukannya tewas kepada Barisan Nasional (BN) tetapi kita kalah kerana sesama kita.

"Saya memohon pimpinan parti supaya bertegas dalam perkara ini," katanya ketika penggulungan perbahasaan sempena Kongres Nasional PKR Kesembilan di sini, sebentar tadi.

Kementerian fokus ubah persepsi belia terhadap pertanian

Posted: 25 May 2013 12:51 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan fokus terhadap usaha mengubah persepsi negatif golongan belia terhadap bidang pertanian bagi mendekatkan dan meningkatkan penglibatan mereka dalam bidang itu.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ramai daripada golongan belia menganggap pertanian adalah bidang untuk mereka yang lebih berusia dan miskin serta tidak memerlukan pendidikan tinggi mahupun teknologi moden.

"Kita dalam proses untuk mengubah persepsi supaya belia sedar yang pertanian adalah kerjaya dunia moden.

"Kita tak nak orang menganggap bahawa mereka yang terlibat dalam dunia pertanian adalah orang miskin sedangkan di negara-negara maju seperti di Jepun, Belanda, Korea dan sebagainya orang yang terlibat dalam bidang pertanian adalah orang kaya dan berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan MAHA Youth 2013 sempena Festival Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Mohd Hashim Abdullah.

Ismail Sabri berkata untuk itu pelbagai program akan dilaksanakan termasuk di peringkat universiti dengan kerjasama persatuan-persatuan belia dan pihak-pihak yang berkenaan.
Beliau turut mencadangkan kerajaan mengkaji pertukaran nama Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali kepada Universiti Pertanian, bagi mengembalikan persepsi bahawa pertanian juga berhubung kait dengan bidang pendidikan.

"Dulu orang nampak pelajar lepasan Universiti Pertanian adalah golongan bijak pandai yang ada kaitan dengan pertanian, tapi bila ditukar namanya masyarakat dah lupa perkara tersebut," katanya.

Sementara itu dalam ucapannya Ismail Sabri berkata kementerian juga akan memberi tumpuan untuk membangunkan modal insan dan melahirkan tenaga kerja mahir tempatan memandangkan kekurangan tenaga kerja tersebut masih merupakan cabaran dalam industri agro makanan negara.

Beliau berkata persekitaran kerja yang kurang kondusif, peluang kerjaya yang terhad, upah yang rendah dan persepsi negatif masyarakat terhadap sektor pertanian menyebabkan ramai tidak berminat berkecimpung dalam bidang berkenaan, lantas menyebabkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

Justeru, kementerian akan menambah baik prasarana insitusi latihan di bawah kementerian serta meningkatkan pengambilan pelatih mengikut keperluan industri pertanian, katanya. - BERNAMA

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan

Utusan Online - Muka Hadapan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Harian Metro: Global

0 ulasan

Harian Metro: Global


Main gitar ketika dibedah

Posted: 24 May 2013 08:55 AM PDT

Los Angeles: Sebuah hospital semalam mencipta sejarah kerana menyiarkan secara langsung pembedahan otak pesakit mereka melalui kemudahan perkongsian video terkini Twitter, Vine.

Melalui siaran langsung itu, orang ramai dapat melihat Brad Carter, 39, gembira memetik gitar di atas katil ketika doktor membedah kepalanya. Dalam pembedahan itu, pakar bedah memasukkan perentak (pacemaker) ke otak Carter bagi mengatasi kesan penyakit Parkinson dialaminya. Tidak sesuai untuk orang yang lemah semangat, tweet mengenai pembedahan itu turut disertakan dengan video memaparkan setiap tahap prosedur berkenaan.


Walaupun klip itu cuma singkat, kandungannya tetap mengerikan. Carter disahkan menghidap Parkinson selepas dia mengalami masalah goyangan tangan tak terkawal pada 2006 yang menyebabkan dia tidak mampu bermain gitarnya. Pembedahan itu membabitkan rangsangan di kawasan otak dan mengimplan perentak otak bagi merawat pergerakan tangan Carter. Ketika pembedahan berlangsung, Carter tidak dibius keseluruhan badan bagi membolehkan dia bermain gitar dan membantu doktor meletakkan elektrod ke tempat yang tepat. Siaran langsung itu diadakan kerana meraikan pembedahan otak ke-500 di Pusat Perubatan UCLA Ronald Reagan. Ketika kepalanya dibedah, Carter bukan saja boleh bermain gitar, malah mampu menyanyi ketika doktor selesai meletakkan beberapa elektrod ke tempat otaknya. Bercakap kepada kamera, Carter berkata, dia teruja untuk bermain gitar semula.

"Ini adalah lagu asli berjudul Mabuk Kembali," katanya. - Daily Mail

Foto

CARTER mampu bermain gitar kegemarannya semasa pembedahan otak dijalankan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Lahir anak ketika 'mati' sebelum kembali hidup

Posted: 24 May 2013 08:55 AM PDT

Austin (Texas): Keluarga seorang guru yang terhenti jantungnya atas sebab tidak diketahui, semalam meraikan keajaiban pemulihan serta kelahiran bayi perempuannya.

Erica Nigrelli yang bertugas sebagai guru bahasa Inggeris, tidak sedarkan diri ketika di sekolahnya pada Mac lalu.


Ketika itu, Erica, 32, sedang hamil 36 minggu.

Tindakan pantas rakan sekerjanya di Sekolah Tinggi Elkins di Missouri City melakukan bantuan pernafasan membolehkan Erica terus mendapat oksigen sehingga dia dapat dipindahkan ke hospital.


Kini Erica dan bayinya yang berusia tiba bulan, Elayna, didapati tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan.


Keluarga Erica juga terlalu gembira melihat keadaan itu. Menceritakan pengalamannya, Erica berkata, dia sempat memberitahu rakan sekerja bahawa dia berasa seperti mahu pitam sejurus sebelum dia tidak sedarkan diri. Suami Erica, Nathan Nigrelli yang mengajar di sekolah sama segera dimaklumkan.

Ketika itu, kata Nigrelli, dia mendapati mulut Erica berbuih, matanya terbeliak dan terdengar bunyi mengerang dari kerongkongnya. Pada masa itu juga jantung Erica berhenti berdegup.


Seorang pembantu klinikal, jururawat sekolah dan jurulatih atlet sekolah itu melakukan bantuan pernafasan.

Mereka juga menggunakan defibrillator untuk menggerakkan semula degupan jantung Erica. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan oleh pasukan paramedik yang tiba sejurus kemudian.


Di hospital, Erica menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya - sebulan lebih awal daripada sepatutnya.


Dalam keadaan begitu, Erica dianggap mati secara klinikal, tetapi dia sedar semula tidak lama kemudian. - DM

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Utusan Online - Timur

0 ulasan

Utusan Online - Timur


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

Harian Metro: Rap

0 ulasan

Harian Metro: Rap


Nafi putus tunang

Posted: 24 May 2013 04:06 AM PDT

FEBRUARI 2012 menjadi detik manis buat bintang Akademi Fantasia 4 (AF4), Farhan Azizan, 29, apabila menjadi tunangan kepada Ahmad Rashdan Suhaimi, 30, selepas enam tahun menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

Mengundang rakan media meraikan majlis indah itu, Farhan dan tunangannya ketika itu turut memaklumkan tempoh pertunangan mereka cuma setahun.

Namun sehingga sekarang belum ada bayangan menandakan Farhan bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihannya itu sehingga timbul desas-desus kononnya penyanyi berbakat besar itu putus tunang.

Kesempatan bertemu dengannya pada Selasa lalu dalam satu sesi foto, wanita berwajah manis itu diajukan soalan sejauh mana kebenaran gosip yang sedang bertebaran dan dengan tenang dia menafikan hal itu.

Foto

FARHAN harap lebih menyinar di bawah syarikat pengurusan baru.

Foto

LEGA tunang memahami situasi kerjaya.


"Alhamdulillah, sampai ke hari ini kami masih menjadi tunangan. Insya-Allah kami akan berkahwin selewat-lewatnya awal tahun depan," katanya.


Melanjutkan perbualan, keputusan menangguhkan majlis perkahwinan terpaksa dilakukannya kerana peluang kerjaya yang datang ketika ini membuatkan dia ingin mengumpul rezeki sebelum berumahtangga.

Akui Farhan keputusan itu dibuat dengan berat hati namun bersyukur kerana tunangannya seorang yang sangat memahami, penyabar serta menghormati keputusannya.

"Rasa ingin naik pelamin memang meluap-luap. Sebelum bertunang pun kami pernah susah namun masih bertahan sampai ke tahap ini. Ketika merancang untuk berkahwin banyak ruang rezeki yang datang yang membabitkan karier saya.

"Tidak pula kita ini hendak melewatkan jodoh tetapi saya syukur tunang saya memahami situasi saya itu selain dia juga ada fokus ke atas kariernya sendiri. Jadi kita sepakat tunggu masa yang paling sesuai untuk berkahwin.

"Tahun ini, tahun ketujuh perkenalan kami dan saya pernah susah senang bersama dia dulu. Namun Alhamdulillah kami berjaya mengekalkan perhubungan ini," katanya.

Pelbagai cerita menarik ingin dikongsi Farhan. Terbaru dia akan muncul dalam sebuah persembahan bertemakan 'Glamorous Nite with Farhan' di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang, malam ini.

Persembahan diilhamkan oleh syarikat pengurusan Farhan sendiri iaitu Mezzoforte Records Sdn Bhd dengan kerjasama dibantu syarikat pengurusan acara, CNS Management di Kuantan.

Di samping itu juga, sebuah syarikat pemaju hartanah yang menjadi penaja utama bagi acara ini adalah Nilaitek Sdn Bhd yang juga pemaju hartanah utama di Kuantan.

Satu peluang yang tidak seharusnya dilepaskan, kerana menerusi persembahan itu Farhan akan memperdengarkan 20 seleksi lagu pelbagai genre, selain turut memperkenalkan Haziq sebagai artis jemputan serta Angah Raja Lawak sebagai pengacara.

"Saya akan menyampaikan lebih kurang 20 lagu dengan iringan lima pemuzik. Rangkaian lagu-lagu yang disampaikan, sebahagiannya pernah saya nyanyikan dalam AF4 sendiri seperti She Got The Blues medley Allahyarham Tan Sri P Ramlee, medley swing, lagu Mandarin dan banyak lagi, bersesuaian kehendak orang Kuantan.

"Untuk persembahan itu, Haziq akan ditampilkan sebagai penyanyi undangan kerana ke mana-mana saya pergi pasti orang bertanyakan Haziq dan begitulah sebaliknya. Pendek kata Haziq sinonim sebagai pasangan duet saya.

"Menghangatkan lagi acara ini, Angah Raja Lawak yang akan bertindak sebagai pengacara majlis. Saya kira kehadirannya akan menyuntik sedikit elemen komedi sekali gus mencuit tetamu yang hadir nanti.

"Sebenarnya ramai yang bertanya kenapa saya memilih Kuantan. Pada perkiraan saya penonton Kuantan mungkin mahukan kelainan daripada artis. Mungkin sebelum ini banyak majlis menampilkan artis yang sama dan lagu yang sama.

"Alhamdulillah, saya dikhabarkan jualan tiket berharga RM150 untuk Bronze dan RM400 untuk VIP termasuk meja sangat memberangsangkan," katanya yang bakal menggayakan beberapa persalinan rekaan Fitri AF2 malam ini.

Farhan dijaga bekas pengurus Anuar Zain

Selepas tujuh tahun menguruskan diri sendiri, kini Farhan tidak lagi sendiri sebaliknya diuruskan Rohila Tahir juga bekas pengurus kepada penyanyi handalan Anuar Zain.

Selain Farhan, turut Aneka Teknik Talent Agency, syarikat pengurusan di bawah kendalian Rohila adalah bintang utama filem Hikayat Meroeng Mahawangsa, Stephen Rahman yang kini sedang mengintai peluang untuk pasaran Hollywood.

"Tujuh tahun menguruskan diri sendiri, satu pengalaman yang cukup berguna buat saya. Sedikit sebanyak selok-belok industri kita sudah tahu jadi tidaklah begitu naif.

"Dengan adanya pihak pengurusan, lebih memudahkan kerja saya sebelum ini. Untuk urusan mesyuarat misalnya, selepas ini ada wakil pihak pengurusan yang akan mewakili saya. Kalau ikutkan inilah sebenarnya cara yang betul jadi mana yang baik, kita ikut.

"Bagi saya, penting untuk seseorang artis ambil tahu cara-cara berurusniaga dengan banyak pihak untuk kebaikan kerjaya seni mereka dan dalam masa yang sama penting bagi seseorang artis mempunyai pihak pengurusan untuk menguruskan kerjaya mereka.

"Lebih kurang sebelum berada di bawah pengurusan Aneka Teknik Talent Agency ini, banyak perancangan diatur. Selain persembahan dan perancangan mengeluarkan single, 're-fresh' semula nama dan penampilan saya, Insya-Allah juga idea 'Glamorous Nite with Farhan' itu akan dibawakan ke Kuala Lumpur selepas ini," kata­nya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/24

Berita Harian: Ratu

0 ulasan

Berita Harian: Ratu


Kongsi rahsia Upin & Ipin

Posted: 24 May 2013 03:32 PM PDT

Duta negara untuk UNICEF

Pelantikan watak animasi popular negara, Upin & Ipin sebagai duta negara untuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Malaysia selama dua tahun bermula Mac lalu bukan hanya pencapaian kepada watak berkenaan, sebaliknya mencatat rekod dunia sebagai watak animasi pertama seumpamanya dilantik sebagai duta pertubuhan antarabangsa itu.

Bayangkan dalam berjuta watak animasi di dunia, terutama yang cukup popular di kalangan kanak-kanak, tetapi karektor budak kembar berkepala kembar yang dipilih oleh UNICEF.
Dulu masa mula hendak mula buat kartun ini, orang muda dalam pasukan saya mahukan watak 'superhero' tapi saya membantah kerana tahu sukar nak pergi jauh dan diterima ramai. Formula mengetengahkan cerita berbentuk kekeluargaan ini nampaknya menjadi kerana sesiapa saja di dunia ini mempunyai keluarga, adik-beradik, datuk nenek mahu pun kawan-kawan," Burhanuddin, pengasas Upin & Ipin

UNICEF pernah bekerjasama dengan beberapa siri animasi lain seperti Pocoyo dari Sepanyol tetapi tidak pernah melantik watak daripada mana-mana animasi untuk menjadi duta mereka. Sebelum ini, hanya selebriti serta tokoh yang hidup dilantik menjadi duta pertubuhan berkenaan.

Sebelum Upin & Ipin, duta Malaysia untuk UNICEF adalah hos rancangan 3R - Celina, Kartini dan Rafidah dilantik pada 2005 hingga 2008 dan Datuk Lee Chong Wei (2009 - 2010).

Pencapaian watak Upin Ipin sebagai duta itu pada Pengarah Urusan Les Copaque Sdn Bhd (Les Copaque), Burhanuddin Md Radzi yang juga pengeluar siri animasi Upin& Ipin dan kawan-kawan adalah kerana kekuatan karektor budak kembar berkenaan yang dilihat mampu menyampaikan mesej UNICEF kepada rakyat Malaysia.

Watak budak kembar botak ini begitu melekat dalam kebanyakan jiwa kanak-kanak di negara ini diterima bukan hanya oleh orang Melayu tetapi juga bangsa lain. Di peringkat global, watak animasi berkenaan diterima kerana jalan ceritanya mengetengahkan realiti kehidupan sebenar serta menampilkan cerita berkaitan kekeluargaan.
Ditambah pula dengan populariti yang dicapai siri animasi berkenaan yang pernah menjadi satu fenomena dalam siri televisyen tempatan. Malah, animasi Upin& Ipin mendapat sambutan yang baik di Indonesia dan kini melebarkan sayap ke Filipina serta sudah ditayangkan ke 16 negara di dunia melalui rangkaian Disney Channel Asia.

Tahun lalu, siri animasi itu berada di tangga kelima selepas siri Mr Beans, sebagai satu-satunya laman sosial facebook tempatan paling banyak dilawati serta dikongsi mengalahkan siri animasi antarabangsa seperti Doraemon dan Sponge Bob.

Selain pencapaian itu, sebenarnya sejak 2007, watak animasi itu sudah menerima lebih 30 pelbagai anugerah bukan hanya daripada pihak tempatan malah pengiktirafan dunia.

Terbaru, selain pelantikan sebagai duta UNICEF, Upin dan Ipin menerima pengiktirafan daripada International Quality ERA Award, Geneva selain menjadi Watak Animasi Tempatan Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.

Malah, ketika berlakunya bantahan mengenai penderaan pembantu rumah di Indonesia, ramai yang mahukan animasi Upin & Ipin menjadi duta mengeratkan kembali hubungan antara Malaysia Indonesia.

Pastinya pengiktirafan animasi Upin & Ipin harus dilihat dari sudut lebih luas lagi, khususnya dalam industri penerbitan animasi. Ini kerana kemunculan dua budak berkepala botak ini pastinya akan menarik minat masyarakat antarabangsa untuk mengetahui dan mengenali lebih dekat cerita dan tema yang dibawa dalam cerita animasi ini, seterusnya dengan aktiviti penerbitan animasi tanah air yang semakin pesat berkembang, membabitkan tenaga kreatif golongan muda.

Tolak superhero, utamakan watak tempatan

Lewat tahun 90-an dan sekitar awal tahun 2000, bidang animasi masih dianggap baru. Menghasilkan kartun animasi yang digerakkan sepenuhnya menerusi komputer atau CGI memerlukan pengorbanan masa dan kos yang cukup tinggi. Berjuta ringgit dilaburkan untuk membeli perisian berteknologi tinggi.

Institusi kewangan masih ragu-ragu untuk memberi pinjaman atau jumlah pembiayaan yang diberikan juga terhad. Namun, itulah permulaan 'pengembaraan' yang dilalui oleh Burhanuddin ketika menghasilkan Upin & Ipin seperti yang dapat dilihat hari ini.

Ibarat menggenggam bara api biar sampai jadi arang atau alang-alang seluk pekasam biar sampai ke lengan, Burhanuddin mahu menoleh ke belakang lagi untuk menyiapkan animasi itu. Bukan buat sekadar untuk siap, tetapi menerbitkannya dengan kualiti sebaik yang boleh walaupun menghadapi kekangan ketika itu.
Apa formula kejayaan Upin & Ipin, Burhanuddin tanpa berselindung mengakui tiada formula tertentu untuk mencapai kejayaan tetapi ia perlukan kerja keras, keazaman dan keberanian.

Katanya, beliau tidak menyembunyikan cara penerbitan kerana mahu berkongsi kejayaan Upin&Ipin dengan sesiapa saja yang berminat, malah studio bagi penerbitan animasi itu kini dibuka kepada umum.

"Tiada rahsia, datanglah ke sini jika mahu belajar dan sasaran Les Copaque kini adalah untuk mewujudkan lebih banyak usahawan yang terbabit dalam penerbitan siri animasi.

"Dalam industri kreatif ini kita perlu menghasilkan sesuatu yang menyeronokkan untuk penonton dan mempunyai nilai-nilai untuk membangunkan minda kanak-kanak yang juga boleh dikongsi orang dewasa. Kita tidak boleh menghasilkan karya yang hanya menampilkan apa yang kita mahu saja.

"Dulu masa mula hendak mula buat kartun ini, orang muda dalam pasukan saya mahukan watak 'superhero' tapi saya membantah kerana tahu sukar nak pergi jauh dan diterima ramai. Formula mengetengahkan cerita berbentuk kekeluargaan ini nampaknya menjadi kerana sesiapa saja di dunia ini mempunyai keluarga, adik-beradik, datuk nenek mahu pun kawan-kawan," katanya memberitahu rangkaian Disney Channel Asia yang menjemput Upin & Ipin untuk siaran mereka.

Idea tidak dirancang

Siapa di sebalik kejayaan Upin & Ipin? Tulang belakang dan nadi animasi Upin & Ipin adalah pengasas siri berkenaan, pasangan suami isteri, Burhanuddin dan isterinya, Ainon Ariff.

Mengimbas kembali penubuhan Les Copaque yang disebut 'last kopek', yang bermaksud pilihan terakhir, Burhanuddin memberitahu pembabitannya dalam penerbitan siri televisyen dan filem animasi pada awalnya untuk membantu tiga graduan Universiti Multimedia yang mahu menerbitkan filem animasi iaitu Mohd Nizam Abd Razak, Mohd Safwan Ab Karim dan Muhammad Usamah Zaid Yasin.

Ainon yang juga Pengarah Kreatif Les Copaque, berkata semuanya berlaku tidak dirancang selepas suaminya bersara daripada industri minyak dan gas.

"Kami buat suka-suka, (tetapi) sekarang sudah kena kerja pula," katanya yang mengakui tidak menjangka syarikat yang ditubuhkan kerana 'suka-suka' itu sangat berjaya kini.

Bercerita lanjut, katanya selepas bersara suaminya menghabiskan banyak masa bermain golf manakala anak-anak melanjutkan pelajaran dan tinggal beliau keseorangan di rumah.

"Saya kata pada suami tidak boleh jadi begini (main golf) saja, apa kata kita terbitkan filem dan drama. Ironinya, anak saya memperkenalkan rakannya yang mahu menerbitkan filem animasi dan dari situ semuanya bermula," katanya.

Ditanya kenapa kartun dan animasi, Burhanuddin berkata, semuanya kerana beliau percaya industri kreatif boleh pergi jauh walaupun penerbitan animasi 3D membabitkan perbelanjaan yang besar.

"Melihat kepada hasil kerja tiga pelajar MMU itu saya terus setuju melabur dan hasilnya pada 2005 Les' Copaque ditubuhkan dan lapan bulan selepas itu treler pertama filem berjaya diterbitkan. Selepas itu kami tidak menoleh ke belakang lagi," katanya.

Karektor sampingan

Bagi menjadikan sesuatu produk itu mudah dikenali, Burhanuddin perlu memikirkan bagaimana hendak memperkenalkan Upin & Ipin pada peringkat awal.

Menariknya, Upin & Ipin yang popular hari ini hanyalah watak sampingan daripada filem Geng: Pengembaraan Bermula. Dari filem itu, nama Upin dan Ipin ini 'dilahirkan'.

"Dua budak kembar ini hanya watak penunjuk jalan kepada watak utama filem saja tetapi apabila TV9 meminta kami menyediakan program untuk mengisi slot sebelum waktu berbuka puasa saya mencadangkan watak Upin&Ipin dikeluarkan dan dijadikan watak utama," katanya.

Kenapa watak budak kembar bukan seorang budak botak saja? Burhanuddin berkata, watak kembar adalah satu kelainan pada siri animasi itu manakala dialog 'betul-betul' adalah idea Ainon yang mahu watak berkenaan nampak lebih 'catchy' dan mudah diingati ramai.

Nama Upin & Ipin pula adalah idea Burhanuddin yang mahukan nama watak berkenaan mengekalkan nama tempatan dan mudah disebut oleh orang luar terutama 'orang putih'.

Info

Filem Geng: Pengembaraan Bermula diterbitkan 2009 berjaya mengutip RM6 juta malah mencetuskan fenomena sehingga barangan berbentuk merchandise juga laris di pasaran.

Kos pembikinan filem 90 minit itu mencecah RM4 juta dijana sebahagian besarnya daripada dana dalaman Les' Copaque Production. Daripada jumlah itu, RM1 juta adalah geran e-kandungan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.
FILEM animasi kedua Ipin dan Ipin, terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd, kini dalam proses pembikinan dan dijangka menemui peminat di pawagam seluruh negara, tahun depan.

Selepas tujuh tahun bertapak di dalam dunia animasi, siri kartun ini juga ingin melebarkan sayapnya ke negara jiran, Filipina, berikutan jenama terbabit turut menjadi pilihan ramai di sana.

Bermula dengan 40 pekerja pada 2008 kini Les Copaque mempunyai lebih 80 pekerja.

PROFIL: Burhanuddin Md Radzi
Asal : Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
1977-82 : UTM, B. Eng (Petroleum dan Gas Asli)
1982-92 : Petronas Carigali Sdn Bhd
Jawatan terakhir : Ketua Operasi Pengeluaran di Miri
1994 : Pengarah Urusan Dayang Enterprise Sdn Bhd.
2005 : Mengundur diri dari Dayang Enterprise apabila syarikat itu berhasrat disenaraikan di Bursa Malaysia.
2006 : Pengarah Urusan Les Copaque Production

Pencapaian dan Pengktirafan
1. Penubuhan Syarikat Terbaik, Anugerah Perikatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) 2007
2. Anugerah Animasi Terbaik, FESTIVAL Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF) 2007
3. Media dan Hiburan Terbaik APICTA 2007
4. Anugerah Presiden - Anugerah Cemerlang Majlis Perniagaan Malaysia Kanada 2008
5. Media dan Hiburan Terbaik APICTA 2008
6. Anugerah Penghargaan Pencaipaian Antarabangsa, Malam Penghargaan Industri Filem 2008
7. Best On Screen Chemistry Award Shout! - 2009
8. Animasi 3D Pertama Malaysia, Malaysia Book of Records 2009
9. Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia ke-22 -2009
10. Anugerah Khas Filem Box Office Festival Filem Malaysia ke-22 - 2009
11. Penyedia Latihan Terbaik - MSC Malaysia Job Camp MDeC - 2009
12. Anugerah Usahawan Inovatif Baru Global JT Frank
13. NextGen Contentpreneur Award Astro
14. Anugerah Filem Pilihan Kanak-kanak, Festival Filem - 2009
15. Animasi Pilihan Indonesia, Lolipop Award XY Kids! Indonesia - 2010
16. Anugerah Kalung Perpaduan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional - 2010
17. Jenama Terbaik Animasi - Upin & Ipin , AnugerahThe BrandLaureate - 2010
18. Anugerah Kepemimpinan Jenama, Kongres Jenama Dunia, India - 2010
19. Animasi Paling Berjaya - Malaysia Book Of Records - 2011
20. Anugerah Khas Tun Mahathir NEF-Awani 2011
21. Program TV Terhebat, TV3 My Kids Awards 2011
22. Karakter Comel, TV3 My Kids Awards 2011
23. Anugerah Harta Intelek MyIPO 2011
24. Persembahan Muzikal Paling Berjaya Dalam Sebulan– Upin & Ipin The Musical, Malaysia Book of Records 2012
25. Anugerah Kecemerlangan Inovasi SMI Malaysia - 2012
26. Anugerah Emas – International Quality ERA Award, Geneva - 2013
27. Watak Animasi Tempatan Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 - April 2013.

Harian Metro: BeritaUtama

0 ulasan

Harian Metro: BeritaUtama


Tersilap samun polis

Posted: 24 May 2013 11:34 AM PDT

Petaling Jaya: Padah menyamun polis, seorang lelaki berusia 34 tahun ditembak mati dalam kejadian di SS21/35 Damansara Utama, semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, anggota polis terbabit daripada Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Subang baru tamat bertugas dan singgah di mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, suspek dikenali sebagai Chin Thin Choon, 43, dikatakan mengekori mangsa ke mesin ATM sebelum meletakkan pisau pemotong daging pada lehernya.

"Suspek meminta anggota berkenaan menyerahkan semua barangan berharga dan mengugut mencederakannya jika enggan.

Foto

ANGGOTA polis memeriksa mayat suspek.


"Anggota berkenaan menyerahkan seutas jam tangan, telefon bimbit dan wang kepada suspek sebelum dia diarahkan berbaring di atas lantai," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25

'Saya pula jadi mangsa'

Posted: 24 May 2013 11:34 AM PDT

Miri: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bertarung nyawa lebih lima jam apabila sebilah gunting tertusuk di kepalanya sedalam tiga sentimeter, akibat perbalahan antara ibu dan bapanya, awal pagi semalam.

Kejadian jam 3 pagi itu berlaku selepas cubaan ibu kanak-kanak itu menyerang bapanya menggunakan gunting tersasar, sebaliknya mengenai kepala mangsa yang ketika itu sedang tidur.

Sebelum itu, pasangan berusia 30-an itu bertengkar di rumah mereka di Jalan Tanjung Miri, di sini kerana si isteri berkenaan menuduh suaminya menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

Sumber berkata, ketika kejadian pasangan terbabit juga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol menyebabkan masing-masing enggan beralah dan kemuncaknya wanita terbabit cuba menikam suaminya menggunakan sebilah gunting.

Foto

MANGSA bernasib baik kerana gunting itu tidak mencederakan otaknya.


Menurutnya, pertengkaran yang pada mulanya berlaku di ruang tamu itu berlarutan sehingga ke bilik tidur sebelum wanita terbabit menyerang suaminya dengan gunting.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/25
 

Jengka 19 FELDA Jengka 19

Copyright 2010 All Rights Reserved