Selasa, 17 April 2012

Utusan Online - Politik

0 ulasan

Utusan Online - Politik


Laksanakan dahulu di Selangor

Posted:

Laksanakan dahulu di Selangor

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 17 April - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya terutama di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pemimpin parti pembangkang yang mendesak Kerajaan Pusat menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membuktikan perkara itu dilaksanakan terlebih dahulu oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran mereka.

Beliau berkata, sekiranya benar kerajaan negeri mempunyai wang simpanan berjumlah sehingga RM1.9 bilion seperti dinyatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dana itu perlu digunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan percuma kepada rakyat Selangor.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Khairy bidas sikap pembangkang

Posted:

Khairy bidas sikap pembangkang

oleh Syukri Shaari
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) membidas sikap tidak bertanggungjawab Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak hadir semasa sesi penerangan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha menyelesaikan isu senarai nama pengundi.

Khairy menyatakan rasa kecewanya itu ketika sesi perdebatan dengan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menerusi laman debat dalam talian, www.ipidato.com.

Menurutnya, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang yang hadir pada sesi berkenaan dan kecewa kerana Anthony juga tidak hadir.

"Senarai pengundi merupakan isu paling penting dalam lapan tuntutan Bersih. Bagaimanapun, apabila SPR meminta Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang menghadiri sesi penerangan pada hari ini, hanya kira-kira 10 ahli Parlimen pembangkang sahaja yang hadir, saya amat kecewa dan kamu (Anthony) juga tidak hadir.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan

Utusan Online - Jenayah


Wanita niat baik maut ditikam

Posted:

Wanita niat baik maut ditikam

Oleh ALFIE CHESTER
utusansabah@utusan.com.my

TAWAU 17 April - Niat murni seorang wanita untuk meleraikan pergaduhan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas ditikam di Kampung Tanjung Pukat, Tanjung Batu Laut di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, mangsa yang tidak dikenal pasti identitinya ditikam di dada dan meninggal dunia di Hospital Tawau.

"Sebelum kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek yang berusia lingkungan 30-an dengan seorang lelaki berusia 22 tahun. Suspek kemudian dikatakan mengejar lelaki itu dengan membawa sebilah pisau.

"Mangsa yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi tiba-tiba ditikam oleh suspek," katanya di sini hari ini.

Menurut Ibrahim, kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Warga emas rugi RM100,000 akibat percaya 'batu delima sakti'

Posted:

Warga emas rugi RM100,000 akibat percaya 'batu delima sakti'


Koh Ah Tiam menunjukkan batu delima palsu pada sidang akhbar di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 17 April - Orang ramai khususnya warga emas di negeri ini dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan taktik pihak tertentu yang cuba mengaut keuntungan melalui kegiatan menjual batu delima 'sakti' yang dikatakan mampu menyembuhkan penyakit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supritendan Koh Ah Tiam berkata, tahun lalu sahaja sebanyak 11 kes dikesan manakala sehingga April tahun ini, terdapat lima lagi kes dengan jumlah kerugian sebanyak RM200,000.

Terbaru, katanya, seorang warga emas berusia 70 tahun dari Cukai, Kemaman kerugian kira-kira RM100,000 apabila terpedaya oleh kumpulan yang didalangi tiga suspek yang mendakwa mereka mampu mengubati penyakit menggunakan batu tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Berita Harian: Nasional

0 ulasan

Berita Harian: Nasional


Transformasi undang-undang

Posted: 17 Apr 2012 02:27 PM PDT

Nasional

Pengekalan 3 prinsip dalam kajian semula Akta Hasutan beri kesan positif

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan mengekalkan tiga prinsip dalam kajian semula Akta Hasutan dilihat sebagai proses transformasi undang-undang yang secara langsung memberi kesan positif terhadap sistem sosial dan hak asasi manusia.

Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata menerusi kajian semula itu, akta yang dulunya mahu dimansuhkan oleh beberapa pihak, termasuk Majlis Peguam berupaya mengurangkan pertelingkahan, konflik, persengketaan dan peperangan.

Langkah itu dilihat dapat mengelak masa terbuang akibat pertikaman lidah dan perbalahan antara masyarakat, sekali gus menjadi penghalang kepada usaha mencapai misi nasional.

Sehubungan itu, katanya langkah itu dilihat dapat mengelak masa terbuang akibat pertikaman lidah dan perbalahan antara masyarakat, sekali gus menjadi penghalang kepada usaha mencapai misi nasional.

Beliau berkata, Akta Hasutan adalah akta yang baik tetapi belum lengkap, malah ada pihak mendakwa akta itu adalah undang-undang lapuk dan mempunyai elemen penjajahan dan pelanggaran hak asasi manusia.

"Kajian semula ini akan memberi peluang kepada semua pihak termasuk pembangkang untuk duduk berbincang bagi menambah baik akta berkenaan," katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan Akta Hasutan yang akan dikaji kerajaan secara menyeluruh akan mengekalkan tiga prinsip dalam akta itu termasuk menangani perbuatan dan perlakuan yang mendatangkan kebencian atau penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana raja.
Dua prinsip lain ialah menangani perbuatan atau perlakuan yang akan mengembangkan perasaan niat jahat yang menimbulkan permusuhan antara kaum atau penduduk berlainan dan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif ditetapkan atau dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Majlis Peguam menyambut baik langkah kerajaan mengkaji semula akta berkenaan dengan melakukan beberapa pindaan selepas mendengar pandangan daripada semua pihak berkepentingan.

Presidennya, Lim Chee Wee, berkata pihaknya menggesa kerajaan untuk menunjukkan komitmen kepada kedaulatan undang-undang dan proses demokrasi dengan menggalakkan perbincangan terbuka mengenai isu yang menjadi kebimbangan kepada orang ramai di Malaysia.

Katanya, kebebasan bersuara adalah satu ciri yang tidak dapat dinafikan oleh mana-mana demokrasi dan mesti dilindungi jika Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara demokrasi.

SPR jangka saingan PRU-13 lebih mencabar

Posted: 17 Apr 2012 02:18 PM PDT

Nasional

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dijangka lebih mencabar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskannya kerana pertembungan parti yang bertanding dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya umum sebelumnya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata untuk itu, SPR akan memastikan semua pegawai dan petugasnya memahami serta menguatkuasakan peraturan pilihan raya dengan sempurna bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada pilihan raya berkenaan.

"Kita mohon kepada semua parti memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPR. Kita tidak boleh melakukannya sendirian. SPR juga sudah menyediakan kemudahan daripada segi logistik, peralatan dan fasiliti mengundi. Bila dewan (Parlimen) bubar kita telah bersedia," katanya kepada BERNAMA dan RTM di Wisma Radio, Angkasapuri di sini, semalam.

Kita mohon kepada semua parti memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPR. Kita tidak boleh melakukannya sendirian. SPR juga sudah menyediakan kemudahan daripada segi logistik dan peralatan mengundi. - Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR

Beliau sebelum itu menghadiri sesi temu bual khas lebih sejam bersama radio Klasik Nasional FM bagi membincangkan hal berkenaan SPR dan PRU.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata pengundi yang berstatus meragukan dalam daftar pemilih masih boleh mengundi pada PRU-13 sekiranya mereka benar-benar layak.

"Bila mereka datang ke pusat mengundi nanti kita akan bersedia untuk melakukan semakan secara menyeluruh terhadap mereka sebelum kita benarkan mereka mengundi.

"SPR tidak akan menghakis hak mereka sebagai pengundi hanya kerana masalah seperti ini. Namun jadi tanggungjawab pengundi menyemak status mereka di laman web SPR, melalui telefon atau pelbagai cara lagi, bagi menyelesaikan masalah ini lebih awal," katanya.
Beliau berkata, daripada jumlah pengundi yang meragukan itu, kira-kira 22,000 orang gagal mengambil kad pengenalan yang telah disiapkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh melebihi 20 tahun menyebabkan mereka diletakkan dalam status meragukan.

Semalam, Abdul Aziz berkata, hanya 0.3 peratus daripada 12.6 juta pemilih diklasifikasikan sebagai pengundi yang meragukan setelah rekod mereka didapati meragukan oleh JPN.

Berkenaan 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang akan dibincangkan pada mesyuarat anggota panel SPR, hari ini, Abdul Aziz berkata cadangan itu amat baik dalam memastikan PRU di negara ini berjalan dengan baik.

"Cadangan itu ada yang sesuai dilaksanakan bagi tempoh jangka pendek, ada bagi tempoh jangka pertengahan dan ada bagi tempoh jangka panjang. Kita akan teliti cadangan ini sedalamnya," katanya.

Pada 3 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan semua 22 syor yang dikemukakan jawatankuasa itu tanpa dibahaskan. – BERNAMA

Utusan Online - Sukan

0 ulasan

Utusan Online - Sukan


Chong Wei, Pandelela atlet terbaik

Posted:

Chong Wei, Pandelela atlet terbaik

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


PANDELELA Rinong menjulang trofi Olahragawati Kebangsaan 2011 pada majlis Anugerah Sukan Negara, malam tadi. – UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ


KUALA LUMPUR - Pandelela Rinong yang baru selesai bertanding pada pusingan ketiga Siri Terjun Dunia (WDS) di Moscow, Rusia, Sabtu lalu sepatutnya terus berlepas ke Tijuana, Mexico bagi menghadapi pusingan terakhir WDS di negara Amerika Utara itu.

Namun dia memilih untuk mengharungi perjalanan pulang sejauh 11,300 kilometer ke ibu negara semata-mata untuk menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2011 yang berlangsung di Palace of Golden Horses, Seri Kembangan malam tadi.

Pandelela yang merupakan antara calon untuk Olahragawati Kebangsaan 2011 pulang ke Kuala Lumpur bagi mengetahui keputusan Anugerah Sukan Negara sebelum berangkat semula ke Mexico yang bakal memakan masa selama 21 jam, hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Memanah, renang berirama diiktiraf

Posted:

Memanah, renang berirama diiktiraf

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


HEMALA Devi (dua dari kiri) menerima anugerah Olahragawati Paralimpik Kebangsaan 2011 pada Anugerah Sukan Negara di Seri Kembangan, malam tadi.


KUALA LUMPUR - Pencapaian memberangsangkan skuad memanah recurve lelaki negara sepanjang tahun lalu mendapat pengiktirafan setimpal apabila dinobat sebagai Pasukan Lelaki Kebangsaan pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2011, semalam.

Pasukan bimbingan Lee Jae-Hyung yang dikritik berikutan prestasi hambar pada 2010 terutama kegagalan pada Sukan Komanwel New Delhi dan Sukan Asia Guangzhou, mempamerkan kebangkitan yang sekali gus menutup mulut para pengkritik.

Pertaruhan berani Jae-Hyung memperkenalkan dua pemanah muda, Khairul Anuar Mohamed dan Haziq Kamaruddin berjaya mengatasi masalah terlalu bergantung kepada Cheng Chu Sian.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan

Kosmo Online - Rencana Utama


Mesti tahu menganyam sebelum kahwin

Posted:

Mesti tahu menganyam sebelum kahwin

Mesti tahu menganyam sebelum kahwin

HOBI menganyam barangkali kedengaran pelik sekiranya dimiliki oleh masyarakat moden hari ini, tetapi tanpa kebolehan tersebut, anak gadis Orang Asli Mah Meri yang tinggal di Pulau Carey, Banting, Selangor dianggap seakan-akan tidak layak untuk mendirikan rumah tangga.

Begitulah gambaran betapa kuatnya masyarakat Orang Asli Mah Meri berpegang kepada budaya dan kepercayaan yang diturunkan oleh nenek moyang mereka. Apatah lagi, masih ramai susur galur keturunan masyarakat tersebut yang mendiami lima buah kampung di Pulau Carey.

Menurut salah seorang wanita Orang Asli Mah Meri, Julida Anak Uju, 43, wanita Orang Asli tidak dididik secara formal untuk mempelajari kaedah menganyam, sebaliknya mereka meniru apa yang dilakukan ibu mereka sewaktu kecil kerana tertarik dengan hasil-hasil anyaman yang dihasilkan.

"Semasa saya berumur 10 tahun, saya mula bermain-main dengan daun nipah dan mengkuang yang digunakan sebagai bahan utama anyaman.

"Sambil meniru cara emak membuat anyaman, akhirnya saya mahir menganyam dan dapat menghasilkan pelbagai rekaan anyaman. Ia ibarat sambil bermain, sambil belajar," katanya ketika ditemui di Pusat Kraftangan Kampung Sungai Bumbun, Banting sempena TS Day Out anjuran Tourism Selangor Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Menurut Julida, menganyam adalah salah satu budaya masyarakat Orang Asli Mah Meri yang diturunkan daripada satu generasi ke generasi. Hasil anyaman tersebut banyak digunakan sebagai perhiasan untuk menghadiri majlis perkahwinan, acara-acara kepercayaan dan digunakan dalam persembahan kebudayaan.


BENGKEL kraf milik pengukir patung di Pulau Carey, Samri.


"Bagi masyarakat Orang Asli Mah Meri, seorang gadis itu harus pandai menganyam dahulu sebelum berkahwin," katanya yang gemar menghasilkan anyaman burung, ikan, belangkas, bunga-bunga dan songkok.

Julida memberitahu, hasil kraf tangan wanita Orang Asli Mah Meri dikumpulkan dan dijual di pusat kraf tangan berkenaan atau dijual di kios kraf tangan yang dimiliki oleh ramai masyarakat Orang Asli Mah Meri berdekatan rumah mereka.

Elemen budaya

"Suami saya juga terlibat dengan pembuatan produk kraf tangan dan mempunyai kios barangan ukiran patung-patung yang dihasilkan untuk dijual kepada pelanggan terutama pelancong luar yang berkunjung ke perkampungan Orang Asli Mah Meri," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Anyaman dan Tarian Kampung Sungai Bumbun, Maznah Anak Unyan, 44, memberitahu, terdapat kira-kira 1,000 masyarakat Orang Asli Mah Meri yang mendiami lima buah kampung di Pulau Carey iaitu di Kampung Sungai Bumbun, Kampung Sungai Rambai, Kampung Kepau Laut, Kampung Sungai Judah dan Kampung Sungai Kurau.

"Orang Asli Mah Meri amat mementingkan warisan budaya dan kepercayaan nenek moyang. Walaupun terdapat segelintir Orang Asli Mah Meri yang kini menganut agama Islam dan Kristian, tradisi menganyam dan mengukir merupakan elemen kebudayaan yang sukar dihilangkan.


SALAH satu watak dalam persembahan tarian kebudayaan Orang Asli Mah Meri.


"Wanitanya amat suka menganyam dan lelaki pula selain menjadi nelayan, bertani dan memburu hasil hutan, kebanyakan mereka mahir mengukir patung, hasil kerja tangan mereka mendapat perhatian dunia dan amat digemari oleh pelancong luar terutamanya dari Eropah," katanya.

Tarian Jo-oh

Menurut Maznah, hasil anyaman wanita Orang Asli Mah Meri banyak digunakan dalam persembahan kebudayaan terutamanya tarian kebudayaan Jo-oh yang bermaksud makan-makan dan minum.

"Dalam tarian ini, tiga buah lagu dipersembahkah iaitu Moyang Jabus, Shidut dan Hari Moyang yang sering dipersembahkan dalam majlis-majlis perayaan Hari Moyang, selepas menuai atau sekiranya mendapat jemputan daripada orang ramai.

"Lagu Moyang Jabus menceritakan mengenai seekor makhluk yang suka berjalan di belakang, mempunyai lubang hidung yang menghadap ke atas dan takut hujan kerana tidak mahu air hujan masuk ke lubang hidungnya, manakala Shidut bermaksud sesuatu yang tertumpah dan Hari Moyang adalah lagu yang dinyanyikan bagi memperingati nenek moyang dan melambangkan kepercayaan nenek moyang," jelas Maznah.

Katanya, persembahan tarian Jo-oh memerlukan lima orang penari wanita yang memakai pakaian khas dan perhiasan daun nipah serta mengkuang yang meliliti tubuh serta menghiasi rambut mereka. Tarian itu juga melibatkan seorang penari lelaki yang memakai pakaian sama dan topeng moyang Gunung Ledang yang kelihatan menakutkan tetapi unik.


PELANCONG asing yang turut serta menari dalam persembahan tarian Jo-oh.


"Alat muzik yang digunakan pula adalah tuntong (buluh), tambo (gendang) dan tawuk (gong), manakala lagu dinyanyikan dalam bahasa Bersisik iaitu bahasa ibunda Orang Asli Mah Meri," katanya.

Maznah memberitahu, Hari Moyang adalah hari perayaan Orang Asli Mah Meri seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi masyarakat Islam. Mereka turut menyediakan makanan seperti ketupat dan ayam masak sambal sebagai hidangan istimewa semasa menyambut perayaan itu.

"Perayaan ini disambut mengikut kalendar Cina dan lazimnya diadakan sebualan selepas perayaan Tahun Baru Cina.

"Pada hari berkenaan, upacara sembahyang akan diadakan untuk mendiang ahli keluarga sebelum upacara sembahyang di rumah moyang yang disebut pangga dalam bahasa Bersisik. Ia bukanlah rumah sebenar tetapi sebuah tempat khas di dalam rumah untuk upacara keagamaan bagi menyeru nenek moyang kembali ke rumah," katanya.

Wabak H5N1 hantui Vietnam

Posted:

Wabak H5N1 hantui Vietnam

Wabak H5N1 hantui Vietnam


AYAM dan itik yang tidak diberi vaksin terpaksa dibunuh oleh pihak berkuasa Vietnam.


NEGARA Vietnam mungkin berjaya mengawal wabak selesema burung (H5N1) yang menjadi krisis kesihatan terburuk negara itu pada akhir tahun 2000.

Bagaimanapun, kes tersebut kembali lagi sehingga merunsingkan pakar-pakar di negara komunis tersebut.

Sejak Januari lalu, wabak selesema burung telah dicatatkan berlaku di 14 wilayah negara berkenaan, malah kira-kira 65,000 ekor ayam dan itik telah matikan oleh pihak berkuasa.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), ia masih rendah berbanding kemuncak tahun 2003 hingga 2009 apabila virus berkenaan menjangkiti berjuta-juta ayam dan itik serta mengorbankan 57 orang sekali gus menjadikan negara kedua terburuk diserang virus berkenaan selepas Indonesia.

Tidak takut

Mengikut laporan negara berkenaan tiada kes baharu melibatkan manusia dicatatkan pada tahun 2011, tetapi virus tersebut masih ada dan tidak dihapuskan.

"Selesema burung mempunyai kesan berbahaya kepada sektor pertanian, kehidupan manusia, dengan kemunculan virus baharu," kata Pengarah Jabatan Kesihatan Haiwan, Kementerian Pertanian, Hoang Van Nam.

"Wabak berlaku di seluruh negara, ia disebabkan campuran struktur pertanian yang dilakukan keluarga, kurang maklumat dan jurang dalam program kawalan pemvaksinan dan menternak," ujarnya.

Kebimbangan mengenai avian influenza telah meningkat di rantau Asia dengan China, Kemboja dan Indonesia melaporkan kematian daripada jenis virus H5N1 pada tahun ini.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga di pasar Ha Vi Hanoi yang menjual antara 80 dan 100 tan burung hidup setiap hari tidak berasa bimbang tentang perkembangan tersebut.

"Siapa kata terdapat wabak selesema burung di sini? Ia sama sekali tidak menarik minat saya. Mereka hanya memperbesarkan perkara ini. Saya tahu bahawa semua ayam-ayam milik saya berada dalam keadaan baik," kata vendor pasar berkenaan Do Thi Thanh Hoa kepada AFP.

Dia berkata, mereka tidak perlu menyediakan sijil-sijil asal-usul ataupun pemvaksinan burung-burung yang dijual di pasar berkenaan.

"Sejak pasar dibuka, belum ada lagi orang yang dijangkiti H5N1. Di pasar ini, apabila terdapat larangan kami masih membeli dan makan daging ayam. Semua orang selamat," kata seorang lagi peladang, Dao Thi Ngoc.

"Peti televisyen sentiasa memperkatakan mengenai H5N1. Di mana ia berlaku?" soalnya.

Siaran televisyen sering menayangkan laporan-laporan mengenai bahaya mengenai ayam dan itik yang tidak mendapatkan suntikan vaksin. Ia turut memberi amaran mengenai risiko pembelian haiwan berkenaan dengan menyeludup dari negara China.

Dalam sebuah negara, yang bergantung terhadap sektor pertanian dan penternakan untuk menggerakkan ekonomi, adalah sukar melakukan pemantauan jualan setiap ayam dan itik.

"Terdapat terlalu banyak ladang-ladang kecil. Sukar untuk anda mengawal pengasingan haiwan-haiwan ini.


PENIAGA di pasar-pasar Vietnam, berang apabila pihak berkuasa dikatakan cuba menakutkan orang awam daripada memakan ayam dan itik.


"Kadangkala, garis panduan kebersihan diabaikan," kata Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Haiwan, Can Xuan Binh di Hanoi.

Saban tahun, kerajaan telah mencuba untuk menggalakkan penyahjangkitan lebih baik di ladang-ladang tercemar, program pemvaksinan dan pengasingan besar-besaran untuk membendung wabak H5N1.

Dengan segala usaha telah dilaksanakan, para pengawai masih bergelut dalam pengawalan pengangkutan dan penjualan ternakan hidup yang menjadi kunci utama penyakit itu merebak.

Virus kalis vaksin

Memburukkan lagi keadaan, pakar-pakar telah mengenalpasti virus jenis baharu di wilayah Vietnam mempunyai ketahanan terhadap vaksin yang biasa digunakan dalam membendung virus berkenaan.

"Vaksin berkenaan tidak lagi efektif. Justeru itu, perlindungan agak terbatas," kata Hoang Van Nam.

Beberapa pakar menyalahkan masalah H5N1 berpanjangan di Vietnam akibat politik tidak menentu sehingga menjejaskan keseluruhan usaha kawalan krisis berkenaan.

"Apabila wabak ini merebak, mereka akan mengatasinya tetapi apabila ia hilang, mereka berhenti. Risiko terhadap manusia lebih penting," kata seorang doktor haiwan yang tidak mahu mendedahkan namanya.

Pada dasarnya, virus tersebut merebak melalui burung kepada manusia dengan sentuhan secara langsung, tetapi pakar-pakar melahirkan kebimbangan ia akan bermutasi kepada bentuk yang mudah berpindah antara manusia.

Pada awal Mac, Vietnam telah meluluskan dana baharu sebanyak AS$ 23 juta (RM 71 juta) untuk menangani virus berkenaan dengan memberi penekanan terhadap meningkatkan penyelarasan antara pegawai-pegawai kesihatan dan sektor pertanian.

Bagaimanapun doktor haiwan dari Perancis, Patrice Gautier berkata, dengan sifat semula jadi virus tersebut ia akan mengambil masa yang panjang untuk dibendung.

"Masalah ini tidak akan hilang jika anda hanya mengeluarkan wang. Ia akan mengambil masa yang lama, kerja keras dalam mengukuhkan perkhidmatan doktor haiwan," kata Gautier yang merupakan pakar selesema burung.

Menurut beliau, perkhidmatan kesihatan haiwan Vietnam telah mula mengikuti cadangan Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia untuk menangani kelemahan yang didiagnosis pada waktu puncak wabak berkenaan.

"Tidak mungkin anda akan melihat krisis baharu di Vietnam. Bagaimanapun, kemungkinan situasi semasa akan berterusan selama berdekad pada setiap musim," katanya. - AFP.

Kosmo Online - Infiniti

0 ulasan

Kosmo Online - Infiniti


Merawat untuk tatapan generasi hadapan

Posted:

Merawat untuk tatapan generasi hadapan

Merawat untuk tatapan generasi hadapan

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my

MUHAMAD FAIZ AZIZAN, 30, tekun memerhati anak buah di bawah seliaannya membersihkan sarung bilah keris yang telah mengalami proses pengoksidaan di Makmal Konservasi, Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Kuala Lumpur.

Pembantu Muhamad Faiz itu menggunakan sejenis bahan pembersih yang dipanggil sebagai Silver Wax. Bahan kimia itu memastikan ukiran kerawang dapat dipelihara tanpa menjejaskan bahagian keris yang lain.

Bertugas sebagai konservator dan pakar bahagian bukan organik, Muhamad Faiz telah melakukan penyelidikan terlebih dahulu bersama-sama konservator lain bagi memastikan pilihan kaedah pemuliharaan yang tepat dapat dilakukan.

"Kami akan memilih bahan kimia yang paling lemah supaya tiada efek pada mana-mana bahagian keris," terang Muhamad Faiz ketika ditemui di Kuala Lumpur.

Keris merupakan antara artifak yang dianggap rumit untuk dilakukan kerja-kerja konservasi kerana ia terhasil daripada gabungan dua jenis bahan berbeza iaitu logam dan bukan logam.

Berbanding keris, artifak patung orang asli yang keseluruhan diperbuat daripada kayu lebih mudah kerana menggunakan teknik dan penumpuan satu bahan sahaja.

Pada artifak patung tersebut, pembantu konservator menggunakan teknik wood filler (pengisi kayu) bagi menutup lubang atau rekahan yang terhasil akibat proses pereputan.

Kaedahnya adalah dengan memasukkan campuran habuk kayu dan gam yang dikenali sebagai fish glue. Selepas kering, tampalan akan dibuat lagi jika hasilnya tidak rata dengan permukaan asal.


TUGAS konservator menuntut ketelitian dan kesabaran yang tinggi kerana bertugas di bawah tekanan.


Tegas Muhammad Faiz, mereka akan mendapatkan habuk kayu yang sama dengan bahan asal atau sekurang-kurangnya paling hampir dan sesuai dengan artifak.

Teknik kedua pula adalah dengan melakukan suntikan bahan yang mengandungi gam polivinil asetat (PVA). PVA merupakan sejenis polimer getah sintetik yang kerap digunakan sebagai pelekat pada bahan yang mempunyai liang seperti kayu, kertas dan kain.

Bagi konservator pula, gam yang dipilih mesti tidak memberi sebarang kesan kepada artifak.

Kerja-kerja konservasi bahan logam dimulakan dengan menentukan bahan asas sama ada menggunakan satu bahan sahaja seperti tembaga atau campuran (komposit).

Bahan kimia yang digunakan untuk pembersihan pula akan dilarut dalam air supaya kesan yang terhasil tidak terlalu kasar sekali gus mengelakkan kerosakan lebih teruk ke atas artifak.

Tekstil

Di sudut lain yang dikhaskan untuk kerja-kerja konservasi tekstil, Nirmala Sharipiddin sedang meneliti artifak yang baru diterima dengan berhati-hati kerana kebanyakannya sudah mula mereput.

Terangnya, pihak konservasi tidak akan mencuci artifak sebaliknya menggunakan pembersih vakum yang bertindak menyedut segala kekotoran pada artifak tekstil.

Langkah kerja juga perlu sentiasa berwaspada. Mereka tidak menyedut secara terus, tetapi bahagian yang mahu dibersihkan terlebih dahulu dilapik sehelai kain berongga.

"Sedutan secara terus boleh menyebabkan sulaman atau jahitan boleh tertanggal sekali gus merosakkan artifak," ujar wanita berusia 35 tahun itu.


Konservator perlu memilih gam yang tepat agar ia tidak memberi kesan buruk ke atas artifak.


Bagi tujuan penyimpanan pula, banyak perkara yang perlu diambil kira seperti kertas yang menjadi pelapik malah, artifak seperti lembaran kain tidak akan dilipat.

Tuturnya, melipat kain dalam satu tempoh yang panjang boleh menyebabkan hujung kain menjadi hitam dan tekstur seperti kain songket boleh patah.

Alas tekstil menggunakan bahan paling asli seperti kain yang diperbuat 100 peratus daripada linen atau kain Tyvek. Kos penyimpanan menjadi agak mahal kerana bagi setiap 80 helai kain itu, ia berharga lebih RM100.

Kertas membalut artifak tekstil juga wajib bersifat bebas asid. Dikenali sebagai acid free paper, ia berharga RM150 untuk satu rim kertas yang mengandungi lebih kurang 500 keping.

Ketika kerja-kerja pemuliharaan dilakukan pula, kertas keras berasaskan bahan polikarbonat digunakan sebagai pelapik kerja.

Pada artifak pula terutama untuk pameran seperti hiasan kepala dan kasut perlu dibuat sokongan seperti bantal supaya bentuk asal artifak dapat dikekalkan.

Paling penting dalam kerja-kerja konservasi adalah menentukan teknik yang betul dan tepat supaya tiada kesan negatif terhadap artifak.

Ketelitian

Sebelum kerja pemuliharaan dilakukan, satu perbincangan membabitkan pakar-pakar dalam bidang masing-masing seperti logam, bukan logam dan tekstil diadakan.

Perbincangan melibatkan artifak sejarah terutama yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan atau komposit. Kemungkinan berlaku kesan tidak diingini dan tidak sesuai pada bahan organik walaupun sesuai pada logam.

Proses yang dikenali sebagai Analisis Kondisi itu akan merekodkan setiap perincian yang terdapat pada artifak termasuk kerosakan yang ada.

Perkara yang diperhatikan pada artifak adalah bahan buatan, komposit dan jenis kerosakan seterusnya menjana idea untuk kerja pemuliharaan.

Tidak semua kerosakan perlu dibuang. Sebagai contoh, kesan karatan berwarna hijau hasil tindak balas pengoksidaan pada ukiran logam hulu kering perlu diteliti dahulu.

Jika ia dalam keadaan berdebu maka perlu dibuang kerana proses tindak balas masih lagi aktif, manakala bagi yang sudah mengeras, tidak perlu ditanggalkan kerana sudah stabil.

Tujuan pemuliharaan juga memainkan peranan pada tahap pembersihan dilakukan. Jika ia bagi tujuan pameran, artifak tidak perlu dibersihkan sepenuhnya kerana akan hilang nilai antik pada mata pengunjung.

Kemudian, ujian bintik (spot test) dilakukan bagi mengetahui dengan jelas bahan mentah dan teknik pemuliharaan yang tepat untuk digunakan.

Contoh ujian yang dijalankan ialah ujian bakar (burn test) iaitu dengan membakar sedikit pada bahagian hujung tekstil. Jenis bahan sebenar dapat diketahui dengan melihat gumpalan dan bau yang terhasil.


ARTIFAK lama perlu dipulihara untuk memastikan ia mampu kekal lama.


Menurut Ketua Penolong Pengarah Pusat Konservasi, JMM, Zamrul Amri Zakaria, 34, teknik konservasi perlu bersifat reversible (boleh dipatah balik).

"Ia bagi mengelakkan sebarang kerosakan lebih teruk kepada artifak selain teknologi konservasi sentiasa berkembang dan kaedahnya semakin baik," katanya kepada Kosmo!

Sebagai contoh, bagi menampal pecahan seramik, perincian jenis gam yang digunakan perlu direkod dan ia boleh ditanggalkan semula.

Jika pada masa hadapan, terdapat konservator yang menemui kaedah yang lebih baik untuk memulihara sesuatu artifak, dia dapat menanggalkan semula kerja-kerja konservasi dibuat sebelum ini.

Konservasi terbahagi pada dua bahagian iaitu kuratif dan preventif. Kuratif adalah langkah merawat dan menyembuhkan sesuatu artifak.

Kata Zamrul, tempoh jangka hayat sesuatu artifak dapat dipanjangkan dengan melakukan kerja konservasi bergantung pada tahap kerosakan dan jenis rawatan yang diberikan.

Preventif pula adalah proses yang tidak perlu melalui kerja-kerja merawat sebaliknya langkah-langkah pemeliharaan dilakukan secara berterusan.

Banyak faktor yang perlu ditimbang dalam kerja-kerja preventif seperti tahap sensitiviti artifak pada suhu persekitaran, jumlah pencahayaan dan kelembapan.

Contohnya, langkah preventif yang dibuat untuk memelihara tekstil atau lukisan adalah dengan tidak membenarkan pengunjung merakam gambar artifak.

"Cahaya flash (denyar) yang dipancar pada kain memberi efek buruk kepada warna kain. Kilauan cahaya yang berterusan dalam satu tempoh panjang boleh menyebabkan tekstil berubah warna dan menjadi putih.

"Cahaya lampu sekeliling juga perlu malap dengan bacaan 50 lux ke bawah," terang Konservator Bahagian Preventif, Hamidah Kusnan, 54, sekali gus menolak andaian lampu malap di muzium bertujuan untuk menaikkan mood pengunjung.

Penyelidikan dan kajian mengenai sejarah sesuatu barang juga diteliti. Konservasi artifak bukan hanya melibatkan kesesuaian sains, tetapi setiap konservator wajib mempunyai rasa cinta dan tanggungjawab terhadap sesuatu artifak.

KLCC bergelap 60 minit

Posted:

KLCC bergelap 60 minit

KLCC bergelap 60 minit

Oleh ADLAN JAAFAR
adlan.jaafar@kosmo.com.my



SEBAIK pengiraan masa menunjukkan pukul 8.30 malam pada 31 Mac lalu, pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang dibanjiri lebih kurang 5,000 orang tiba-tiba bergelap.

Ia menyebabkan para hadirin menjadi begitu teruja sambil menyalakan lilin elektronik berwarna ungu. Selama 60 minit mereka meraikan Hari Bumi atau lebih dikenali sebagai Earth Hour yang menjadi kebiasaan dirai pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Sebanyak 1,000 buah lilin elektronik dihidupkan bagi meraikan kempen yang berkait rapat dengan alam sekitar itu.

Jangan risau tentang pengeluaran karbon melalui lilin tersebut kerana Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Suria KLCC, Fartini Zaharuddin berkata, ia diperbuat daripada diod pemancar cahaya (LED).

Sampaikan mesej

"Lilin LED itu tidak mengeluarkan karbon jadi ia bebas pencemaran," kata wanita berusia 38 tahun itu ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbanding tahun-tahun lalu, Suria KLCC meraikan Hari Bumi dengan acara yang lebih meriah supaya mesej menjaga alam sekitar dapat disampaikan dengan lebih jelas.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan persembahan pembukaan dua buah kumpulan iaitu KL Stompers dan Dithyrambic Singers.

Menariknya, pemuzik-pemuzik tersebut hanya menggunakan barang-barang terbuang seperti penutup tong, periuk dan kuali sebagai instrumen muzik mereka. Mikrofon yang dihala kepada mereka sahaja yang menggunakan tenaga elektrik.

"Sambutan kali ini adalah sebagai komitmen kami untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengunjung mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Ia merupakan tanggungjawab semua pihak bagi memastikan bumi akan terus sihat dan terpelihara," kata Fartini.


SAMBUTAN Earth Hour bertujuan menimbulkan kesedaran kepada masyarakat dunia mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.


Walaupun lampu ditutup dalam tempoh singkat, kehadiran orang ramai yang terdiri rakyat Malaysia dan pelancong asing membuktikan acara tersebut sekurang-kurangnya mampu memberi kesedaran menjaga alam sekitar.

Tiada tisu

Sejak tahun 2008, Suria KLCC sudah pun memainkan peranan dalam menjaga persekitaran dengan tidak menyediakan tisu tandas bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengering tangan.

Lampu-lampu yang digunakan adalah bersifat jimat tenaga dan diprogram supaya padam secara automatik pada masa-masa tertentu.

"Maklum balas yang diterima oleh pengunjung kami amat memberangsangkan. Tiada respons negatif yang diterima, itu membuktikan bahawa orang ramai sudah mula peka dalam menjaga persekitaran," terang Fartini lanjut.

Selain itu, bangunan berkembar Petronas menggunakan satu sistem yang dikenali sebagai Gas District Cooling (GDC) yang menggunakan air pada tahap rendah bagi mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida.

Sistem tersebut mampu menyejukkan bangunan seterusnya mengurangkan penggunaan bekalan elektrik untuk pendingin hawa.

Selepas tiga tahun GDC dijalankan, sebanyak 3 juta RTH (Round The House) dapat dijimatkan. Nilai tersebut bersamaan 1,500 buah rumah yang tidak menggunakan pendingin hawa selama setahun.

Komitmen hotel

Penggunaan tenaga bangunan berkembar Petronas juga menurun daripada 64 juta menjadi 60 juta kilowatt jam dalam tempoh yang sama.

Pengurangan tersebut sama seperti 517 buah kenderaan tidak berada atas jalan raya.


SEJAK diperkenalkan di Sydney, Australia pada tahun 2007, penyertaannya semakin bertambah seiring dengan usia sambutan Earth Hour.


Sementara itu, sebanyak lima buah hotel Hilton di seluruh Malaysia iaitu Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Resort Rumah Panjang Batang Ai, dan DoubleTree by Hilton turut menyertai Earth Hour dengan memadamkan lampu selama sejam sebagai langkah menyokong pemeliharaan tenaga.

"Kami berbesar hati menyertai usaha global melalui usaha simbolik oleh organisasi dan orang perseorangan untuk memadam lampu sebagai tanda sokongan," kata Presiden Operasi bagi Rantau Asia, William Costley.

Earth Hour di DoubleTree by Hilton disambut dengan memadamkan lampu-lampu bangunan dan lampu neon pada papan tanda,

Lampu-lampu di ruang dalam lobi dan kaunter penyambut tetamu pula dimalapkan.

Kempen tahunan yang diasaskan oleh Dana Hidupan Liar (WWF) Sydney, Australia pada tahun 2007 mendapat sambutan lebih dua juta penduduk negara itu.

Jumlah tersebut meningkat berkali ganda pada tahun berikutnya apabila ia mula mendapat perhatian seluruh dunia dengan penyertaan lebih kurang 50 juta orang.

Misi perang menakluk dunia

Posted:

Misi perang menakluk dunia

Misi perang menakluk dunia

Oleh MOHAMMAD RADZI ZOHRI
rencana@kosmo.com.my


COMMAND & CONQUER RED ALERT 2 pasti mengujakan peminat permainan video kerana selain sangat mencabar ia juga boleh dimainkan dalam talian.


SEMENJAK penerimaan luar biasa terhadap permainan video Command & Conquer Red Alert pada tahun 1996, Westwood Studios kembali dengan sequel terbaharu iaitu Command & Conquer Red Alert 2.

Permainan video yang menampilkan genre real-time strategy sangat diterima ramai kerana menawarkan cabaran sukar dan memerlukan daya konsentrasi tinggi daripada pemain.

Red Alert 2 boleh didapati untuk platform PC dan pemain boleh pilih antara dua mod permainan iaitu pemain perseorangan atau multiplayer.

Plot

Permainan itu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Allied dan Soviet Union. Plot cerita sama sekali berbeza bagi setiap kumpulan. Motif utama bagi setiap pihak adalah untuk meraih kemenangan dalam peperangan dunia.

Bagaimanapun, pemain akan mengambil watak sebagai seorang komander bagi kedua-dua belah pihak.

Plot Allied

Allied bermula apabila seorang ejen khas, Tanya bersama pasukannya diberi tugasan untuk melumpuhkan serangan Soviet Union di New York, Amerika Syarikat (AS).

Dengan kejayaan tersebut, pemain akan dibawa pula ke Colorado Springs untuk mengambil semula Akademi Tentera Udara dan pangkalan udara.

Keadaan menjadi huru-hara apabila Allied mengetahui bahawa Soviet Union mempunyai sebuah peranti yang mampu mengawal minda sesiapa sahaja dikenali sebagai, Psychic Beacon.

Bimbang dengan potensi alat tersebut, pemain ditugaskan untuk menghapuskan Psychic Beacon bagi mengakhiri kawalan minda dikenakan ke atas pegawai tertinggi AS.

Tanpa disedari, ia hanya permulaan oleh Soviet Union menakluk dunia.

Plot Soviet Union

Soviet Union bermula dengan taklimat Premier Alexander Romanov yang bercadang untuk menyerang dan menakluki AS.

Antara usaha dilaksanakan dalam merealisasikan perancangan tersebut adalah memusnahkan pangkalan askar AS iaitu Pentagon.

Dengan kejayaan Soviet Union itu, secara senyap-senyap mereka menghantar satu lagi pasukan memasang alat Psychic Beacon untuk menakluk keseluruhan bandar New York.

Bagaimanapun, dengan kejayaan tersebut, kuasa kawalan minda Yuri semakin bertambah kuat. Dengan kekuasaan semakin memuncak Soviet Union jatuh di bawah kawalan Yuri dan pemain bertanggungjawab menghapuskan Yuri dan Allied.

Mekanisme permainan

Sepanjang permainan, pemain akan diberi peruntukan wang untuk menubuhkan sebuah pasukan askar dalam memerangi kuasa jahat.


PEMAIN perlu bijak mengatur strategi dalam permainan ini kerana ia melibatkan peperangan dengan pelbagai senjata.


Bagi memastikan ia terlaksana, pemain terlebih dahulu perlu mempunyai utiliti kerana ia amat penting untuk kegunaan pangkalan pemain.

Mekanisme pertahanan seperti sentry gun dan tenaga adalah penting untuk mengelakkan pangkalan pemain terdedah kepada serangan musuh.

Kekurangan bekalan tenaga juga akan menyebabkan kegagalan peta radar untuk berfungsi.

Barracks bertanggungjawab untuk melatih askar-askar. Sepanjang permainan, pemain akan diberi lebih banyak pilihan askar untuk dilatih.

War Factory pula bertanggungjawab dalam membina aset peperangan seperti kenderaan untuk tujuan peperangan.

Cabaran permainan video itu tertumpu kepada penubuhan sebuah regimen askar yang besar. Pemain juga perlu mempertahankan pangkalan daripada serangan musuh, malah harus mempunyai bajet mencukupi.

Senjata kuat

Dalam Command & Conquer Red Alert 2 setiap pihak mempunyai kekuatan senjata tersendiri. Setiap senjata tersebut sangat efektif kepada keadaan tertentu, Allied mempunyai Chronosphere dan Weather Control Device.

Ia mampu memindahkan askar Allied ke mana-mana lokasi di seluruh dunia dalam sekelip mata dan kemampuan mengawal cuaca khususnya untuk melepaskan ribut petir ke atas pihak musuh.

Pihak Soviet Union pula mempunyai Nuclear Silo yang mampu melancarkan peluru berpandu nuklear dan menyebabkan kehancuran pihak musuh mereka.

Multiplayer

Command & Conquer Red Alert 2 menawarkan mod multiplayer yang membolehkan pemain mencabar pemain lain dalam sesi perlawanan melalui Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) dan dalam talian. Bagaimanapun, hanya mod permainan Skirmish yang boleh dimainkan.

Mod multiplayer merupakan satu platform yang sangat baik bagi pemain menguji kemahiran mereka dalam mengatur strategi peperangan.

Secara keseluruhannya, Command & Conquer Red Alert 2 merupakan sebuah permainan video genre real time strategy yang sangat mencabar.

Dengan kemampuan untuk bermain secara multiplayer, pemain diberi pilihan untuk menguji kemahiran mereka dalam peperangan.

Pembangunan grafik yang kemas dan landskap peperangan moden ditawarkan pasti menarik minat ramai pemain permainan video.

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan

Utusan Online - Luar Negara


Hari Tahanan diperingati

Posted:

Hari Tahanan diperingati


Rakyat Palestin membakar bendera Israel pada satu perarakan sempena Hari Tahanan di hadapan ibu pejabat Palang Merah di Gaza City, semalam. - REUTERS


RAMALLAH 17 April - Penduduk Palestin di seluruh Tebing Barat dan Genting Gaza hari ini memperingati Hari Tahanan sebagai tanda sokongan terhadap beribu-ribu rakyat Palestin yang ditahan di dalam penjara Israel.

Sepanjang hari ini, rakyat Palestin menyertai perarakan dan perhimpunan di semua bandar utama bagi memperingati 4,700 tahanan yang dipenjarakan oleh rejim Zionis.

Hari Tahanan tahun ini diperingati sebagai peristiwa simbolik kerana pada hari ini juga Israel membebaskan Khader Adnan, anggota Jihad Islam yang melancarkan mogok lapar selama 66 hari kerana membantah penahanannya tanpa didakwa.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Britain dilanda kemarau pula

Posted:

Britain dilanda kemarau pula


Seorang pemancing berdiri di tebing kawasan tadahan air Bewl yang kini hanya mempunyai air kurang separuh daripada kapasitinya ekoran masalah kemarau di Kent, United Kingdom pada 5 April lalu. - AFP


LONDON 17 April - Sebahagian kawasan di Britain mengalami kemarau berikutan masalah bekalan air terburuk yang pernah berlaku sejak 1976, menurut amaran yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar Britain, semalam.

Mengikut perangkaan, lebih 35 juta penduduk tinggal di kawasan terjejas dan hari ini, masalah bekalan air diisytihar di seluruh Midlands serta South West.

Media tempatan melaporkan, sebahagian kawasan di negara ini kini mengalami musim kering lebih buruk berbanding yang pernah berlaku pada 1976, bencana kemarau terburuk dialami Britain sejak lebih 100 tahun.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Online - Pahang

0 ulasan

Utusan Online - Pahang


UMP bantu murid calon UPSR

Posted:

UMP bantu murid calon UPSR

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Pensyarah Fakulti Teknologi UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain merangkap Penasihat Kelab In-Smartive UMP (tengah) memberi tunjuk ajar kepada pelajar SK Keratong 2 pada program Projek Kilauan Mutiara di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 17 April - Seramai 20 mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) menyertai Projek Kilauan Mutiara dalam memberi motivasi kepada murid darjah enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Keratong 2, Rompin, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab In-Smartive UMP dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Saffad) UMP dan Felda itu membabitkan seramai 60 bakal calon UPSR di sekolah tersebut.

Menurut Pengurus Projek itu, Mohd. Wafiey Ab. Hamid, ia merupakan kesinambungan kepada kejayaan pelaksanaan edisi pertama pada tahun lalu yang mendapat maklum balas positif daripada pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pengurusan Felda Keratong 2.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Program Jom Masuk UiTM, UPM dapat sambutan

Posted:

Program Jom Masuk UiTM, UPM dapat sambutan


Norayini Ali (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Shahazudin Abu Ruddin selepas merasmikan program Jom Masuk Program UiTM, UPM di Bangunan UMNO Mentakab, Temerloh, baru-baru ini.


TEMERLOH 17 April - Kolej Teknologi Timur (KTT) yang menjalankan program bersekutu dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program Jom Masuk UiTM dan UPM di Bangunan UMNO Mentakab di sini baru-baru ini.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Norayini Ali berkata, program itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencari peluang melanjutkan pengajian di kolej berkenaan.

Menurutnya, kolej tersebut merupakan kolej bersekutu yang diiktiraf institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seperti UPM, UiTM dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menawarkan program di peringkat sijil, pradiploma dan diploma.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Sukarelawan UMP ceriakan Program Semai Bakti

Posted:

Sukarelawan UMP ceriakan Program Semai Bakti


Ketua Timbalan Pendaftar UMP, Datin Fazia Ali (tengah) bergambar bersama Sukarelawan UMP yang menjayakan acara Sukaneka di Kampung Permatang Siput, Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 17 April - Seramai 28 penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini terlibat sebagai sukarelawan sempena Program Semai Bakti anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Kampung Permatang Siput, di sini baru-baru ini.

Mereka yang terlibat merupakan mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan Fakulti Pembuatan.

Menariknya, program itu diadakan sempena lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merasmikan Klinik Bergerak di kampung berkenaan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.

Berita Harian: Agama

0 ulasan

Berita Harian: Agama


Mencari kepuasan hakiki perlukan keredaan Tuhan

Posted: 17 Apr 2012 03:14 PM PDT

Agama

Jiwa terasa kosong jika terlalu mengejar kebendaan

MENGIKUT kerangka syariat Islam, sesuatu usaha atau amal yang dilakukan manusia ialah untuk mendapat keredaan Allah SWT. Atas kepercayaan dan keyakinan inilah, setiap individu dituntut berusaha memakmurkan sumber alam dengan cekap untuk kesejahteraan masyarakat.

Di samping berusaha memenuhi keperluan diri serta keluarga, keperluan lain yang lebih utama juga tidak boleh diabaikan iaitu masyarakat, negara dan agama. Berasaskan prinsip ini, setiap usaha dilaksanakan bukan semata-mata mendapatkan kepuasan diri atau dorongan material.

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia... Surah al-Nisa' Ayat 114

Justeru, penekanan kepada merit mendapat keredaan Allah SWT lebih memberi keyakinan kepada individu untuk berusaha secara konsisten dan tidak menyalahi norma ditentukan agama. Mereka yang menyeleweng daripada suruhan agama dikenakan azab pedih di akhirat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal perbuatannya? Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Mereka orang yang ingkar akan ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. Demikianlah balasan mereka ialah Neraka Jahanam, disebabkan mereka ingkar, dan mereka menjadikan ayat-Ku dan Rasul-Ku sebagai ejekan." (Surah al-Kahfi, ayat 103-106)

Justeru, landasan untuk mendapatkan keredaan Ilahi mengambil pandangan Wahbah al-Zuhayli dalam karya al-Qur'an al-Karim Bunyatuhu al Tasyri'iyyah wa Khasaisuhu al-Hadariyyah ialah dengan melalui dua asas penting iaitu niat bersih dan ikhlas kepada Allah dan kedua, takwa melakukan amal salih.
Ternyata niat neraca timbangan yang bertindak balas dengan amal perbuatan manusia sama ada menghasilkan kebaikan atau sebaliknya.
Pemahaman ini bersandarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Dari Umar bin Khatab, katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka sesiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya untuk apa dia hijrah." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Islam meletakkan keredaan Ilahi sebahagian daripada prinsipnya bertujuan memelihara tingkah laku manusia daripada bertindak menyalahi matlamat yang sudah ditentukan Islam. Setiap tindak tanduk perlu terarah dan fokus untuk mendapatkan rahmat serta keredaan Allah SWT.

Menyedari ketentuan inilah ganjaran diperoleh individu atas usaha dilakukan bukan saja memperoleh keuntungan bersifat material tetapi juga mendapat keuntungan di hari akhirat kelak.

Firman Allah yang bermaksud: "Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka Kami akan memberi pahala yang besar." (Surah al-Nisa', ayat 114)

Justeru, matlamat mencapai keredaan Ilahi ini matlamat bersifat agung dan kudus kerana secara simboliknya ia memberi gambaran pematuhan hamba-Nya secara mutlak kepada Pencipta-Nya Yang Maha Agung.

Meskipun realiti dunia masa kini menuntut manusia mencipta sesuatu nilai yang baru, merebut peluang, proses mencipta, pengagihan faedah, akta kreatif dan sebagainya, tetapi matlamat akhir perlu dicari ialah mendapat keredaan Allah SWT.

Tanpa keredaan Allah SWT, ternyata sukar bagi manusia mendapat kejayaan yang hakiki. Meskipun, usaha dilakukan mungkin memenuhi objektif disasarkan sama ada dalam bentuk pengiktirafan, kepuasan diri, material, namun jiwanya masih lagi kosong dengan petunjuk Ilahi.

Akibatnya, individu itu tidak pernah berpuas hati dengan nikmat diperoleh. Malah, setiap kebaikan yang didapati jarang disyukuri dan sering dilupakan. Kemuncaknya, individu itu tidak membezakan mana hak dan batil, manakala keredaan Ilahi bukan perkara menjadi keutamaan.

Islam sebagai agama menjanjikan kesejahteraan sentiasa menyeru penganutnya berhati-hati dalam sebarang kerja dilakukan kerana setiap amalan akan dihisab dengan seadilnya pada hari akhirat kelak.

Kejayaan dikecapi manusia tidak mempunyai apa-apa makna jika kejayaan itu tidak diraikan dengan rahmat daripada Allah SWT. Keredaan Allah SWT adalah kemuncak kepada pencapaian kebahagiaan dan kejayaan diimpikan manusia.

Islam tegah guna kekerasan, bertindak luar batasan

Posted: 17 Apr 2012 03:02 PM PDT

Agama

Ulama sepakat haram cedera tertuduh, pengakuan dibuat secara paksa boleh terbatal

ISLAM memandang berat perkara mungkar dan kesalahan khususnya berbentuk jenayah. Usaha membendungnya dengan langkah pencegahan dan pemulihan dapat dilaksanakan selain penguatkuasaan undang-undang untuk membentuk negara dan masyarakat yang aman tenteram.

Kini, kesedaran masyarakat awam khususnya di kawasan perumahan dan kampung sudah mula menampakkan gaya kesepakatan tinggi dalam membentuk usaha mencegah jenayah di persekitaran mereka. Usaha amat positif ini sewajarnya dipertingkat dari semasa ke semasa.

Apabila sudah disahkan seseorang itu didapati benar-benar berbuat jenayah sekalipun, kita tidak dibenarkan menghukum sendiri secara melulu, mengikut emosi sehinggakan si pesalah itu tercedera.

Pun begitu, kita berasa sedih kerana dalam keghairahan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam itu, ada segelintir yang bertindak di luar batas etika dibenarkan Islam terhadap seseorang yang disyaki bersalah.

Ada yang dibelasah terlebih dulu sehingga cedera parah sebelum dihantar ke balai polis untuk tindakan lanjut pihak berkenaan. Malah ada didera dan diikat di khalayak ramai, supaya wajah si pesalah disyaki dapat dipertontonkan. Apakah ini tindakan yang betul dan dibenarkan agama?

Ada juga pihak menggunakan kekerasan ketika soal siasat dijalankan untuk mencetuskan rasa ketakutan supaya tertuduh membuat pengakuan bersalah. Meneliti aspek ini ada baiknya kita tinjau pandangan empat mazhab.

Ulama keempat-empat mazhab bersepakat bahawa pengakuan disebabkan paksaan tidak boleh dijadikan asas dalam menjatuhkan sebarang hukuman.
Ulama Mazhab Syafii, Imam Al-Imrani menyatakan, "Tidak diterima pengakuan orang dipaksa. Ini berdasarkan kepada pernyataan Rasulullah SAW yang maksudnya: "Dingkat (dimaafkan) untuk umatku kesalahan, lupa dan apa yang dipaksakan kepadanya."

Orang yang dipaksa sebenarnya tidak termasuk dalam golongan mukalaf. Pendapat beliau dapat kita jadikan wakil kepada pandangan mazhab Syafii dalam menegah atau melarang penggunaan cara paksa ke atas yang dituduh.

Sementara itu, ulama Mazhab Hanafi, Imam Al-Kasani memberitahu, kerelaan salah satu aspek yang menentukan sesuatu pengakuan itu dikirakan sah atau tidak. Dengan itu, sebarang pengakuan dikeluarkan secara paksaan kami berpandangan ia tidak sah. Pendapat beliau ini diperincikan secara mendalam dalam kitab Badai'i As Shana'I.

Begitu juga fatwa yang dikeluarkan kalangan ulama Mazhab Maliki yang turut memperakui sebarang tindakan berbentuk paksaan ke atas tertuduh supaya mengaku bersalah adalah haram.

Mengupas isu ini, Qadgi Sahnun berkata, "Masalah hukum pihak yang mengaku selepas diancam, sama ada dengan ikatan, dipenjara, serta dipukul, tidak berlaku hadd.

Malah Imam Malik pernah melafazkan, "Tidak dibolehkan kepada seseorang itu hukuman hadd, kecuali dia mengaku hal itu dengan rasa tenang dan tanpa rasa takut."

Menurut mazhab Maliki, unsur memaksa berbuat pengakuan bersalah juga dihukumkan tidak sah untuk membolehkan sebarang hukuman dijatuhkan.

Akhir sekali, ulama terkenal Mazhab Hanbali, Ibnu Qadamah berkata, "Kalau seseorang lelaki dipukul supaya dia mengaku berzina, maka tidak wajib atasnya hadd, dan tidak boleh diputuskan yang dia berzina."

Justeru, dalam aspek melakukan tindakan kekerasan seperti memukul atau mencederakan seseorang tertuduh supaya membuat pengakuan bersalah sudah disepakati ulama sebagai haram dan sebarang pengakuan terbatal.

Begitulah Islam menjaga kepentingan umatnya kerana berkemungkinan besar ada dituduh tidak melakukan apa yang disyaki. Mungkin kita hanya bersangka buruk disebabkan gaya mencurigakan baik dari segi penampilan, tingkah laku atau mungkin secara kebetulan berada di lokasi kejadian.

Malah, apabila sudah disahkan seseorang itu didapati benar-benar berbuat jenayah sekalipun, kita tidak dibenarkan menghukum sendiri secara melulu, mengikut emosi sehinggakan si pesalah itu tercedera.

Serahkan kepada pihak berwajib seperti polis untuk menetapkan tindakan susulan. Orang awam tidak boleh bertindak sebagai hakim dalam menentukan keputusan dan tidak boleh bertindak sebagai tukang hukum terhadap seseorang yang bersalah.

Kisah Hatib bin Abi Balta'ah yang mengutuskan surat kepada kaum keluarganya di Makkah sebelum Perang Hunain seharusnya dijadikan panduan. Beliau dikatakan ada mengutuskan surat pemberitahuan kepada ahli keluarganya di Makkah melalui seorang wanita bahawa Rasulullah SAW akan menyerang kota Makkah.

Kemudian Rasulullah SAW mendapat perkhabaran dari langit mengenai perbuatan Hatib itu lalu Baginda mengutuskan Ali bin Abi Talib dan Zubair bin Awwam mengejar wanita itu dan berjaya memintasnya ketika dia berada lebih kurang 12 kilometer untuk memasuki kota Makkah.

Lantas Ali Abi Talib meminta wanita itu turun dari kenderaannya dan kemudian memeriksa kenderaannya dengan rapi. Kemudian kata Ali kepada wanita itu, "Tunjukkan tulisan itu atau kami akan memeriksamu!" Melihat betapa seriusnya dua orang sahabat Rasulullah SAW itu, wanita itupun menyerahkan surat Hatib itu kepada Ali.

Dalam peristiwa ini pemeriksaan itu dibenarkan dan Ali tidak menggunakan kaedah berbentuk kekerasan terhadap wanita berkenaan. Jadi, dalam usaha membendung jenayah, penggunaan kekerasan sangat ditegah terutama memaksa tertuduh mengaku bersalah.

Memang membanteras maksiat dan jenayah itu wajib kita lakukan, tetapi Islam menetapkan aturan yang kondusif dalam menjayakannya tanpa penggunaan emosi melulu dan sarat dengan unsur prasangka buruk.

 

Jengka 19 FELDA Jengka 19

Copyright 2010 All Rights Reserved