Jumaat, 29 April 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan

Utusan Online - Politik


Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

Posted:

Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

Anugerah Tokoh Wanita Melayu Terbilang diperkenal

KUALA LUMPUR 29 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO akan memperkenalkan anugerah khas iaitu Tokoh Wanita Melayu Terbilang bagi menghargai peranan dan sumbangan kaum itu kepada negara.

Kata Presiden UMNO itu, anugerah tersebut merupakan penambahbaikan kepada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-65 yang dijadualkan pada 11 Mei ini.

Najib menjelaskan, majlis sambutan ulang tahun UMNO sebelum ini hanya memberikan anugerah kepada Tokoh Lelaki Melayu Terbilang sahaja.

''Bagaimanapun nama-nama penerima anugerah tokoh ini akan dirahsiakan sehinggalah pada malam majlis sambutan berkenaan,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, mesyuarat majlis tertinggi kali ini turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang dalam konteks perkembangan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Kata beliau, antara yang menjadi tumpuan adalah perjalanan jentera pilihan raya, aspek pentadbiran dan bagaimana untuk menangani isu dan kesan berkaitan yang boleh dijadikan pengajaran.

''Kita membaca dari semua aspek dan sudut,'' katanya.

Kepada soalan adakah tumpuan terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak itu bermakna UMNO sudah bersedia untuk berdepan PRU ke-13, Najib berkata, proses bersedia adalah satu proses perjalanan yang berterusan.

Apa yang dilakukan UMNO, jelas beliau lagi, adalah proses untuk mengukuhkan parti sebagai sebuah organisasi sama ada sebagai persediaan menghadapi PRU akan datang atau dalam konteks UMNO sebagai sebuah parti yang memerlukan perubahan.

''Transformasi politik itu adalah agenda yang sedang diperjuangkan oleh UMNO,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

Posted:

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

MCA tolak jawatan Kabinet, negeri

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Chua Soi Lek menjelaskan kenyataan memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah diputarbelitkan oleh pembangkang di Melaka, semalam. – utusan/GAIE UCHEL


MELAKA 29 April – MCA hari ini membuat keputusan sebulat suara tidak akan menerima sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika parti itu gagal meraih sokongan masyarakat Cina pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, penolakan jawatan tersebut turut melibatkan jawatan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Ketua Kampung serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Menurutnya, keputusan sebulat suara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Presiden yang diadakan hari ini dengan alasan adalah tidak wajar calon MCA memegang sebarang jawatan di peringkat Pusat dan negeri jika masih gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum nanti.

''Keputusan yang diambil hari ini hanyalah (bermakna) kita tidak akan menerima apa-apa jawatan di peringkat Kabinet dan negeri, bagaimanapun MCA masih tetap kekal sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).

''MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana kita masih yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara.

''Kami yakin kewibawaan Perdana Menteri selaku pemimpin masyarakat majmuk untuk mencapai gagasan 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kem Percambahan Minda Pemimpin MCA Kebangsaan yang di Philea Resort, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Soi Lek berkata, keputusan yang diambil itu secara tidak langsung akan menyuntik semangat kepada seluruh ahli MCA untuk menggandakan usaha bagi meningkatkan sokongan masyarakat Cina menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

''MCA perlu berubah kerana kita kena capai keputusan yang lebih baik daripada pilihan raya umum yang lepas," ujarnya.

Beliau berkata, pencapaian parti itu pada pilihan PRU-12 dengan 15 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ternyata tidak memuaskan.

Katanya, keputusan pada 2008 itu menjadi ukuran buat MCA untuk memastikan mereka mampu menyumbang kemenangan lebih besar pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan peruntukan 40 kerusi Parlimen dan 90 DUN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

0 ulasan

Berita Harian: Nasional


Nilai pertama EKUINAS RM483.2j

Posted: 29 Apr 2011 05:50 PM PDT

Nasional

NAJIB  menunjukkan Buku Laporan Tahunan Ekuinas sambil diperhatikan (dari kiri)  Abdul Rahman, Raja Arshad  dan Nor Mohamed (kanan) selepas mengumumkan pencapaian tahun pertama Ekuinas, di Putrajaya, semalam.

NAJIB menunjukkan Buku Laporan Tahunan Ekuinas sambil diperhatikan (dari kiri) Abdul Rahman, Raja Arshad dan Nor Mohamed (kanan) selepas mengumumkan pencapaian tahun pertama Ekuinas, di Putrajaya, semalam.

Peningkatan 1.28 kali ganda pelaburan tingkatkan ekuiti Bumiputera: PM

PUTRAJAYA: Ekuiti Nasional Berhad (EKUINAS), syarikat pengurusan dana berkaitan kerajaan, berjaya meningkatkan nilai ekuiti Bumiputera bagi tahun pertama penubuhannya sebanyak RM483.2 juta, peningkatan 1.28 kali ganda daripada jumlah dilaburkan RM380.6 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata peningkatan itu dihasilkan daripada jumlah pelaburan ekuiti yang dilaksanakan EKUINAS serta peningkatan nilai saham yang berjaya dicipta untuk syarikat dan semua pemegang saham Bumiputera dalam syarikat portfolio pelaburannya. Beliau berkata, kejayaan tahun pertama EKUINAS itu membuktikan bahawa keputusan kerajaan untuk menggunakan pendekatan lebih inovatif dan kreatif ke arah melaksanakan dasar afirmatif untuk meningkatkan pembabitan Bumiputera secara saksama membuahkan hasil yang diharapkan.

EKUINAS ditubuhkan pada 2009 sebagai pendekatan baru dan inovatif, bertujuan meningkatkan pembabitan ekonomi Bumiputera menerusi prinsip mesra pasaran, berdasarkan merit dan telus.

"Bagi tahun kewangan 2011, kerajaan difahamkan EKUINAS akan membuat pelaburan sehingga RM600 juta dan seterusnya membantu pelaburan modal sehingga RM1 bilion secara langsung ke dalam ekonomi Malaysia.

"Kerajaan berharap menerusi pelaburan itu akan terus meningkatkan pembabitan Bumiputera dari segi pemilikan ekuiti, pengurusan, peluang pekerjaan dan rantaian bekalan," katanya ketika mengumumkan pencapaian tahun pertama EKUINAS di sini, semalam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi EKUINAS, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dan Ketua Pegawai Eksekutif EKUINAS, Datuk Abdul Rahman Ahmad.

Bagi tahun pertama, kerajaan menyalurkan dana permulaan sebanyak RM500 juta kepada EKUINAS sebagai peruntukan awal daripada RM5 bilion seperti yang diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) Kesembilan dan RMKe-10.

Dalam tahun pertama operasi, EKUINAS membuat pelaburan dalam Alliance Cosmetics Group (ACG), Tanjung Offshore Berhad (TOFF), Konsortium Logistik Berhad (KLB) dan APIIT/UCTI Education Group (APIIT) membabitkan nilai RM482.7 juta.

Dicampur bersama rakan pelaburan EKUINAS, keempat-empat pelaburan itu berjaya menyuntik modal sebanyak RM602.4 juta ke dalam ekonomi, sekali gus memberi kesan positif kepada iklim pelaburan negara.

Najib berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan pelaburan EKUINAS dari semasa ke semasa bagi memastikan pencapaian objektif penubuhannya dari segi kewangan dan sosial.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkahwinan Diraja Britain meriah

Posted: 29 Apr 2011 05:47 PM PDT

Nasional

Upacara di Westminster Abbey jadi tumpuan dua bilion penonton dunia

LONDON: Putera William dari Britain dan Catherine Middleton selamat melangsungkan perkahwinan mereka di Westminster Abbey semalam dalam satu upacara diraja penuh gilang gemilang yang menarik tumpuan dua bilion penonton di seluruh dunia selain menyuntik kehidupan baru dalam keluarga diraja.

Sebelum melafazkan ikrar, Middleton, 29, 'rakyat biasa' pertama yang berkahwin dengan seorang pewaris takhta sejak 350 tahun lalu, memakai gaun putih dan penutup muka jarang, melangkah perlahan di hadapan 1,900 tetamu sambil diiringi lagu dendangan Charles Parry berjudul, I Was Glad. Ketika kedua-duanya dipertemukan di altar gereja, William, 28, atau nama sebenarnya William Arthur Philip Louis yang memakai seragam tertinggi tentera merah berselempang biru kelihatan berbisik kepadanya, menarik senyuman manis pengantin perempuan pada permulaan upacara.

Ketua paderi Canterbury, Rowan Williams mengesahkan pasangan itu sebagai suami isteri dengan ucapan: "Saya mengisytiharkan mereka sebagai suami isteri."

Beberapa jam sebelum upacara bersejarah itu, William dan Middleton mendapat hadiah perkahwinan diraja daripada Ratu Elizabeth, gelaran Duke dan Duchess of Cambridge.

Istana Buckingham berkata William kini digelar His Royal Highness The Duke of Cambridge manakala Catherine Middleton, akan memakai gelaran Her Royal Highness The Duchess of Cambridge.
Kenyataan istana juga menyebut bahawa William turut dinamakan sebagai Earl of Strathearn dan Baron Carrickfergus manakala Middleton menjadi Countess of Strathearn dan Baroness Carrickfergus.

Sementara itu gaun pengantin Middleton yang menjadi tumpuan spekulasi industri fesyen selama beberapa bulan diperbuat daripada sutera satin berwarna gading dengan renda dan layah panjang rekaan Sarah Burton dari Alexander McQueen.

Beliau memakai tiara yang dipinjamkan Ratu Elizabeth dan cincin pertunangan nilam bertatah berlian yang pernah menjadi milik bonda William, Puteri Diana, yang bercerai daripada Putera Charles pada 1996, setahun sebelum kematiannya dalam satu kemalangan kereta tragik di Paris ketika berusia 36 tahun.

Loceng berbunyi dengan kuat dan tiupan trumpet kedengaran ketika 1,900 tetamu terlebih dulu mengambil tempat di dalam gereja bersejarah itu yang tapak penyatuan untuk keluarga diraja sejak William the Conqueror ditabalkan pada 1066.

Ratu Elizabeth, anggota keluarga diraja lain, pemain bola sepak David Beckham dan isterinya Victoria, penyanyi Elton John dan Perdana Menteri David Cameron adalah antara tetamu yang hadir.

Tidak ketinggalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dari Malaysia, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand, Putera Albert II dari Monaco dan tunangnya, Charlene Wittstock serta Puteri Lalla Salma dari Maghribi.

Mereka menyertai 50 ketua negara serta pekerja kebajikan dan veteran perang yang mengenali putera berkenaan sejak beliau menjalani latihan ketenteraannya.

Sementara itu jumlah penonton upacara perkahwinan Putera William dan Kate, seramai dua bilion orang adalah lebih ramai berbanding 750 juta orang ketika perkahwinan ayahanda dan bondanya Putera Charles dan Puteri Diana pada 1981. – Reuters/Agensi

Rakyat Britain rai di Hotel Intercontinental KL

KUALA LUMPUR: Lebih 500 jemputan termasuk rakyat Britain yang menetap di Malaysia meraikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton di Hotel Intercontinental di sini, semalam.

Majlis anjuran Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur itu bermula kira-kira jam 6 petang dengan jemputan menyaksikan siaran langsung majlis perkahwinan pasangan diraja itu disusuli acara memotong kek, persembahan muzik dan tarian serta sesi kebajikan.

Pesuruhjaya Tinggi Britain, Simon Featherstone, berkata perkahwinan William dan Kate dianggap peristiwa sangat menarik kepada United Kingdom (UK).

"Hampir dua bilion orang di seluruh dunia menonton dan meraikan perkahwinan William dan pasangannya, Kate termasuk kami di Malaysia. Ini menunjukkan negara ini dan UK ada banyak persamaan.

"Saya percaya perkahwinan ini mempunyai signifikasi yang mencerminkan nilai kreatif dan moden dinamik Britain," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, kemeriahan perkahwinan diraja itu yang disiarkan secara langsung menerusi kaca televisyen, turut menarik minat Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Perdana Menteri secara berseloroh memberitahu wartawan sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini semalam, perlu diadakan secara ringkas.

"Banyak yang minat...ini semua (merujuk kepada beberapa Ahli MT UMNO yang turut hadir pada sidang media itu) teringin sangat nak tengok perkahwinan diraja itu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Sukan

0 ulasan

Utusan Online - Sukan


Selangor enggan lepas takhta, Perak tumbang

Posted:

Selangor enggan lepas takhta, Perak tumbang

Selangor enggan lepas takhta, Perak tumbang


PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi Asha'ri (kanan) dihalang pemain Selangor, P. Gunalan (kiri) dan Mohd. Asraruddin Putra Omar (tengah) pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam tadi.


KUALA LUMPUR – Selangor hampir melepaskan teraju Liga Super namun berjaya bertahan untuk seri 1-1 dengan Terengganu pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

Selangor mempamerkan rentak agresif pada babak pertama terlebih dahulu mengambil giliran mendahului menerusi Safiq Rahim pada minit ke-43.

Hantaran Amri Yahyah berjaya memperdayakan pertahanan Terengganu yang menyangka Safiq berada pada kedudukan ofsaid, sebelum kapten Harimau Malaya itu melepaskan rembatan yang mudah menewaskan Sharbinee Allawee.

Bermula babak kedua, skuad kendalian Irfan Bakti memperkemaskan jentera serangan dan hasilnya pada minit ke-62, gol penyamaan yang dicari-cari akhirnya menjelma.

Gol berpunca daripada hantaran silang Joseph Kalang Tie yang disudahkan oleh Ismail Faruqi menerusi satu tandukan menarik yang menewaskan penjaga gol pelawat, Mohd. Saiful Amar Sudar.

Walaupun diasak bertubi-tubi oleh Terengganu pada 20 minit terakhir perlawanan, Selangor menarik nafas lega kerana barisan hadapan Terengganu banyak mensia-siakan peluang mendapatkan gol kemenangan.

Namun, kedudukan Selangor selaku pendahulu mungkin sementara jika Kelantan berjaya mencipta kemenangan ke atas Kuala Lumpur di Stadium Sultan Mohammed IV hari ini.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah dikejutkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kedah, yang mendapat sentuhan pertama Wan Jamak Hassan.

Mohd. Khyril Muhymeen meletakkan Kedah di depan pada minit ke-30 sebelum Mohd. Firdaus Faudzi menambah derita skuad tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-75.

Pertahanan tuan rumah, Mohd. Syazwan Roslan membunuh semangat rakan sepasukan dan 15,000 penyokong setia Kejor Yob Kejor apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82.

Mohd. Hazrul Mustafa memberikan jaringan sagu hati Perak pada minit ke-90.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlis yakin kemampuan Krecska

Posted:

Perlis yakin kemampuan Krecska

Perlis yakin kemampuan Krecska

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
sukan@utusan.com.my

KANGAR - Perlis yakin kehadiran jurulatih baru, Janos Krecska dapat membantu Singa Utara untuk mencapai kemenangan dalam beberapa perlawanan bola sepak Liga Super yang akan datang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, ia berdasar komitmen tinggi dan pengalaman bekas jurulatih KL Plus itu ketika diberi tanggungjawab membimbing barisan muda Perlis.

"Dia (Krecska) memberitahu saya bahawa Perlis mempunyai pemain bagus, cuma mereka (pemain) perlu diberi sedikit lagi bimbingan dan pasti dapat memburu kemenangan sebagaimana diharapkan untuk memperbaikki kedudukan dalam liga," katanya pada majlis menandatangani kontrak jurulatih skuad Perlis di Yayasan Pok & Kassim, semalam.

Jurulatih berasal dari Hungary yang pernah menjadi pemain pasukan Perak pada penghujung 90-an bersama rakan senegaranya, Laszlo Repasi itu diikat selama setahun oleh Perlis untuk membantu skuad Singa Utara yang mendudukki tangga tercorot daripada 14 pasukan.

Bagaimanapun, kata Shahidan, kemerosotan Perlis ialah disebabkan langkah pasukan Singa Utara untuk mendedahkan barisan muda khususnya pemain skuad Piala Presiden.

"Dibandingkan dengan pasukan lain, kami (Perlis) sekurang-kurangnya berani memberi peluang kepada pemain muda yang tidak mempunyai nama.

"Kami melihat jangka masa panjang demi pembangunan bola sepak di negeri ini," kata Shahidan.

Sementara itu, Krecska berkata, dia optimis Perlis mampu mencipta kemenangan dalam beberapa perlawanan terdekat malah mampu mengatasi pasukan handalan termasuk Terengganu.

"Saya yakin pemain mampu melakukannya, cuma mereka perlu dibimbing dan diberi motivasi untuk menaikkan semangat juang yang tinggi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

0 ulasan

Kosmo Online - Rencana Utama


Alat ganti survival mini

Posted:

Alat ganti survival mini

Alat ganti survival mini

Oleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN
kurizduan.kurahman@kosmo.com.my



KEPUTUSAN menceburi bidang automotif sekitar tahun 80-an sememangnya langkah yang tepat bagi seorang anak jati Perak berusia 40 tahun. Dia kini bergelar antara pengusaha kereta klasik berjaya di negara ini.

Ternyata kemahiran membaiki kereta lama terutama jenis Mini milik gurunya semasa menuntut di sebuah sekolah teknik di Taiping, Perak memberi kelebihan kepada Rosli Jaafar hingga mampu menjalankan bisnes bengkel kereta Mini sepenuh masa sejak 18 tahun lalu.

Meskipun permulaan penglibatan dalam perusahaan bengkel pada tahun 1990-an dilihat agak sukar disebabkan bekalan alat ganti yang sememangnya mahal, dia nekad meneruskan bengkel tersebut.

"Pada tahun 90-an, alat ganti terpakai sukar dicari dan jika ada pun yang baru harganya mahal kerana diimport dari England.

"Bagaimanapun, pada pertengahan tahun 90-an, saya bernasib baik kerana alat ganti terpakai telah masuk ke Malaysia terutamanya kereta Mini potong dari Jepun," katanya.

Menyingkap kembali perkembangan kenderaan ciptaan Sir Alec Issigonis, kereta Mini klasik merupakan sebuah kenderaan kecil yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation (BMC), Leyland Motor Corporation (BLMC) dan Rovers Group dari tahun 1959 sehingga tahun 2000.

Ia adalah kereta buatan British paling popular dan dianggap sebagai ikon tahun 1960-an. Ia mempunyai reka bentuk unik, tiada batasan zaman, menjimatkan ruang dan memiliki enjin pacuan roda depan yang menjadi ikutan pengeluar kereta lain.

Bahkan, disebabkan populariti tersebut, kereta Mini menduduki tempat kedua dalam senarai kereta paling berpengaruh dalam abad ke-20. Ia hanya dikalahkan oleh kereta Model T Ford.

Dalam sejarahnya, Mini telah bersilih ganti nama pengeluar iaitu Austin, Morris, Leyland, British Leyland, Austin Rover, MG-Rover dan Innocenti.

Namun, satu perkara yang tidak diganti dan masih kekal adalah reka bentuknya yang klasik sehinggakan pada zaman ini ia masih utuh di jalan raya.

Bagaimanapun, setelah mengecapi tempoh kegemilangan selama 41 tahun, Mini klasik akhirnya menghentikan pengeluaran pada Oktober 2000 dan digantikan dengan New Mini buatan BMW dengan rupa yang lebih moden setahun kemudian.


KHAZIN (paling kiri) bersama ahli-ahli jawatankuasa kelab Peminat Kereta Mini Malaysia yang bergiat aktif mewarnai aktiviti industri permotoran negara.


Meskipun pengeluaran Mini klasik tidak lagi dihasilkan, ia masih digilai para peminat yang setia di seluruh dunia dan tidak terkecuali di negara ini.

Antara individu terkehadapan menghidupkan kembali Mini klasik ialah para mekanik yang berhadapan dengan 1,001 kerenah kenderaan tersebut.

Bagi mereka yang telah berkecimpung dalam dunia kereta Mini sejak bertahun-tahun lamanya, mereka menganggap keadaan itu sebagai cabaran yang memberi kepuasan.

Kini, melalui Kelab Peminat Kereta Mini Malaysia, ahli-ahli kelab tersebut mula menganjurkan aktiviti riadah agar momen bersama kereta comel masing-masing dapat diteruskan.

Kereta potong Jepun

Mengulas lanjut berkenaan kereta Mini, Rosli yang merupakan pemilik bengkel Mini Heritage (M) Sdn. Bhd. yang terletak di Subang Jaya, Selangor itu berkata, kereta potong Mini dari Jepun menjadi pilihan kerana negara matahari terbit berkenaan adalah pengimport kedua terbesar dari England.

"Pemilik kereta Mini di Malaysia mempunyai alternatif untuk mendapatkan alat ganti terpakai yang jauh lebih murah berbanding sebelum ini.

"Sebenarnya kereta potong dari Jepun asalnya diimport dari England memandangkan Jepun adalah pengimport kedua terbesar dari sana.

"Boleh dikatakan hayat Mini klasik di seluruh dunia disebabkan adanya alat ganti. Kalau alat ganti sudah tiada, kemungkinan kereta ini akan pupus," katanya yang memiliki kereta pertama dari model Mini Clubman.

Bercerita mengenai peralatan membaiki, bapa kepada tiga cahaya mata itu memberitahu, tiada masalah bagi membaiki kereta Mini kerana peralatan boleh dibeli di mana-mana sahaja.

Namun, terdapat beberapa bahagian sahaja yang memerlukan peralatan khas yang dibuat sendiri dan kemungkinan tiada di pasaran iaitu puller untuk membuka flywheel.

"Sebelum ada alat khas itu, mekanik terdahulu mengetuk menggunakan penukul bagi membuka bahagian tersebut, tetapi risiko perumah (casing) enjin untuk pecah amat tinggi.

"Jadi, saya mengelak menggunakan penukul kerana apabila pelanggan melihat kita pakai penukul, mereka tidak yakin nak hantar kereta pada kita," katanya yang turut memiliki enam orang pekerja.

Tambahnya, trend memiliki kereta Mini semakin hari semakin meningkat daripada pelanggan baru terutama generasi muda. Bahkan, peminat dari luar negara seperti Jepun, Singapura, Brunei dan China turut menggunakan khidmatnya.

Sementara itu, seorang lagi mekanik Mini yang berjinak-jinak dengan kereta berkenaan sejak tahun 70-an, Alvin Teo Huwy Tim memberitahu, membaiki kereta Mini tidak begitu sukar jika seseorang mengetahui teknik yang betul.


MEKANIK menjadi individu terpenting semasa program konvoi sama ada di dalam atau luar negara.


"Membaiki kereta Mini ini tidaklah susah. Hanya keadaan enjinnya agak sempit sikit selain peralatan membaikinya yang agak luar biasa. Ia juga menggunakan ukuran inci yang menjadi identiti kereta buatan British.

"Sebaliknya, jika kita lihat kereta Jepun, semua peralatan menggunakan ukuran milimeter (mm)," katanya yang tidak kekok berkongsi pengalaman.

Tahan lama

Alvin yang membuka bengkel secara sambilan di Malim Jaya, Melaka mempunyai pandangan yang sama dengan Rosli apabila lebih suka menggunakan peralatan membaiki yang dibuat sendiri kerana lebih praktikal dan tahan lama.

Jelas lelaki berusia 59 tahun itu lagi, rata-rata peralatan membaiki sedia ada di pasaran tidak tahan lama dan kurang memberi kepuasan kepadanya.

Bekas pekerja di syarikat pengedaran kereta British, Wearne Brothers Limited yang telah lama menutup operasinya itu berkata, bagi menyelenggara kereta Mini, peralatan khas perlu digunakan supaya sesetengah bahagian tidak rosak.

"Semasa di Wearne Brothers dahulu, kita sudah biasa menghasilkan peralatan khas bagi memudahkan kerja membuka bahagian yang sukar atau sempit, contohnya pada klac.

"Jika tiada peralatan khas pun boleh buat kerja tetapi agak susah sikit. Mini bukan seperti kereta lain kerana semua bahagian enjin disekalikan pada satu bahagian," ujar Alvin yang turut memiliki tiga buah kereta Mini model Mk1, Mk3 dan Traveller.

Mengulas mengenai pengalaman berkonvoi yang disertainya baru-baru ini ke Koh Samui, Thailand, dia berkata, tidak semua alat ganti dibawa oleh mekanik sebaliknya setiap peserta bertanggungjawab membawa barangan yang dirasakan perlu.

"Kebiasaannya, kita akan membawa benda-benda penting yang sering mengalami masalah seperti palam pencucuh, kabel palam pencucuh, karburator, hos air dan hos petrol.

"Jika berlaku masalah pada sesebuah kereta semasa perjalanan, saya biasanya mencari penyelesaian pantas tidak kira apa cara sekalipun. Yang penting, kereta boleh bergerak sehinggalah kita menemui kawasan yang sesuai untuk membaiki kereta. Saya juga akan mengelak daripada menggunakan trak penunda," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan

Utusan Online - Pendidikan


Galeri Ali Rustam di SMK Bukit Baru

Posted:

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAHB agih zakat kepada 255 murid SKPC

Posted:

MELAKA 29 April - Orang ramai yang ingin melihat wajah Ketua Menteri pada zaman kanak-kanak beliau, boleh melihatnya di Galeri Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru, Ayer Keroh di sini.... Berita Penuh

KOTA BHARU 29 April - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) hari ini menyampaikan wang zakat berjumlah RM200 seorang kepada 255 murid tahun satu sehingga enam Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa (SKPC) di sini bagi membantu meringankan beban ibu bapa mereka.... Berita Penuh

KULAIJAYA 28 April - Seramai 115 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menerima penghargaan dan pengiktirafan di sini, baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA TERENGGANU 28 April – Chef Hazwani, Chef Atraz dan Chef Nadzirah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong, Setiu bakal mewakili Terengganu pada Pertandingan Memasak Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 Oktober depan.... Berita Penuh


KOTA KINABALU 29 April - Bahagian Perumahan dan Kebajikan Pelajar (BPKP), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan bengkel kebersihan dan keselamatan kafeteria baru-baru ini.... Berita Penuh

KOTA KINABALU 29 April - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) berperanan dalam melahirkan siswazah yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dan tempatan dengan baik. ... Berita Penuh

JOHOR BAHRU 28 April – Seramai 844 penuntut dari tujuh Kolej Komuniti Wilayah Johor menerima sijil masing-masing pada majlis konvokesyen ke-7 di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, dekat sini baru-baru ini.... Berita Penuh

KUALA LUMPUR 28 April - Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) untuk tahun ke-10 mengiktiraf pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah angkatnya yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).... Berita Penuh

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan

Utusan Online - Jenayah


Konstabel wanita cedera parah

Posted:

Konstabel wanita cedera parah

Konstabel wanita cedera parah

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 29 April – Seorang anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri cedera parah selepas terperosok di bawah kenderaan dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah yang cuba melarikan diri dalam serbuan di sini malam tadi.

Konstabel Rohayu Samlan, 24, mengalami kecederaan serius di beberapa bahagian badan dan luka dalaman, kini dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Osman Salleh, kejadian berlaku pukul 10.30 malam selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menjalankan operasi 'Ops Tapis' di sekitar bandar ini.

Katanya, sepasukan polis ketika itu menahan sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna merun dan bernombor pendaftaran WGS 8236 yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun, disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

"Semasa polis menghampiri kereta yang diletakkan di tepi jalan Taman Bukit Mas di sini, pemandu kereta itu tiba-tiba membuat pusingan dan memecut kenderaannya," katanya kepada pemberita, di HTJ hari ini.

Menurut beliau, lima anggota polis lain sempat melompat tetapi mangsa terperosok di bawah kereta yang dipandu suspek terbabit menyebabkan dia cedera di muka, badan serta disyaki mengalami pendarahan di paru-paru dan perut.

Berikutan itu, salah seorang anggota polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kereta suspek namun tersasar dan suspek berjaya melarikan diri.

Osman berkata, polis dapat mengenal pasti suspek, Tan Kok Fui, 45, yang nombor MyKad 660819-05-5223 dari Seremban memiliki tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan pernah dibuang daerah ke Kuantan, Pahang pada 2009.

"Polis kemudian pergi ke rumah suspek awal pagi ini dan menahan adiknya yang berusia 44 tahun kerana memiliki tiub dadah jenis heroin," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau melihat kenderaan dinaikinya, diminta menghubungi Asisten Supritendan Wee Huat Ne di talian 06-6033222 atau Cif Inspektor S. Kanapaty (06-7682389).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam miliki rekod lampau

Posted:

Enam miliki rekod lampau

Enam miliki rekod lampau

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 April - Enam daripada 10 rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland, New Zealand selepas cuba menyeludup masuk dadah bernilai NZ$10 juta (RM24 juta), dikesan pernah memiliki rekod lampau termasuk satu kes menyeludup masuk dadah ke Australia beberapa tahun lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, siasatan awal mendapati salah seorang daripada yang ditahan telah menjalani hukuman berikutan tuduhan menjadi 'keldai dadah' ke Australia.

Katanya, suspek tersebut sudah lama dibebaskan dari sebuah pusat pemulihan dadah di negara ini beberapa tahun lalu.

"Walaupun usia suspek masing-masing sudah masuk lima dekad malah ada yang sudah beranak cucu, namun itu tidak menginsafkan mereka daripada melakukan jenayah sama.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan ganjaran lumayan ditawarkan hingga mereka sanggup berdepan risiko ditangkap kerana menyeludup dadah. Tambahan pula, harga dadah dalam pasaran di New Zealand adalah 10 kali ganda berbanding negara-negara lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, polis sedang menyiasat sebuah agensi pelancongan tempatan yang dipercayai menguruskan penerbangan 14 rakyat tempatan ke New Zealand yang dijadualkan berlepas kira-kira pukul 11.25 pagi Selasa lalu.

Pihak polis turut mengesahkan penahanan 10 rakyat tempatan berusia antara 29 hingga 58 tahun dan paling mengejutkan, mereka yang berusia lingkungan 50-an lebih ramai ditahan.

Noor Rashid memberitahu, siasatan terhadap agensi pelancongan itu masih dijalankan dan polis turut mengesahkan empat lagi rakyat tempatan yang menyertai pakej pelancongan tersebut, bebas dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kumpulan keldai dadah itu.

"Pemeriksaan turut mendapati kebanyakan 10 rakyat tempatan yang ditahan tersebut menetap di sekitar Lembah Klang.

"Polis masih menyiasat pihak yang menawarkan ganjaran kepada keldai dadah tersebut sama ada ia dilakukan rakyat tempatan atau penglibatan sindiket antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Agama

0 ulasan

Berita Harian: Agama


60 rangkaian ayat al-Quran jadi penawar kanser

Posted: 29 Apr 2011 03:50 PM PDT

Agama

 ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan  kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.

ASHRAF MUSLIM ketika menjalankan rawatan kepada pesakit di Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah.

Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah promosi mukjizat kitab suci rawat pelbagai penyakit

JIKA dulu orang ingat ayat al-Quran hanya untuk rawatan sihir, santau atau gangguan makhluk halus, tetapi kini kalam Allah diamalkan sebagai usaha mengubati penyakit kronik termasuk kanser serta penyakit moden lain.

Usaha mempromosikan mukjizat al-Quran sebagai kaedah merawat penyakit dijayakan pengamal perubatan menggunakan ayat al-Quran yang juga pengasas Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah, Lokman Abdul Hamid, beroperasi di Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak. Bermula dengan ikhtiar merawat ibunya yang menghidap penyakit tua, ilmu dan kebolehan dianugerah Allah itu kini dimanfaatkan dengan memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang semakin hari jumlahnya terus bertambah.

Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah mula beroperasi sepenuh masa sejak akhir 2010 kini menerima kehadiran mencapai 200 pesakit sehari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang sebelum disambung semula selepas Isyak dan berlarutan jam 1, jika masih ada yang mengharapkan rawatan.

Bersama rakan kongsi, Ashraf Muslim dan seorang lagi anak muridnya yang komited menghulurkan bantuan, Zulhaidi Ahmad, pesakit yang datang mendapatkan rawatan dibekalkan surah untuk dibaca, diiringi doa serta tawakal kepada Allah.

Itu kaedah rawatan di Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah yang menggalakkan pesakit menulis sendiri surah untuk dibaca, selain terus diingatkan supaya tidak jemu berdoa dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ada juga disediakan air sebagai memenuhi permintaan pesakit yang berasakan perlu dibekalkan air seperti kebiasaan dalam perubatan Islam, kata Lokman.

Memang sukar menafikan kuasa iklan 'dari mulut ke mulut' kerana melalui cara itu kemampuan merawat penyakit melalui pengamalan surah al-Quran mula tersebar dan akhirnya terus menjadi bualan ke hari ini.

"Saya menerima anugerah ini ketika berusia 40 tahun selepas menunaikan umrah. Saya amalkan dengan merawat ibu saya, berusia 89 tahun yang sakit tua. Alhamdulillah, kini mencecah usia 98, ibu sihat dan mampu membaca al-Quran.

"Saya tidak pernah berguru, ilmu ini pemberian Allah. Selepas merawat ibu, kawan isteri dan saudara mara datang untuk berubat dan saya cuba merawat mereka di rumah saya di Bukit Antarabangsa. Sebenarnya ketika itu saya pun tidak pasti sama ada cara rawatan itu betul atau tidak.

"Alhamdulillah, selepas melalui proses percubaan rawatan dan penyembuhan secara berterusan, lama-kelamaan ramai yang datang hingga tertubuh klinik pada 1996. Masa itu saya masih bekerja dan hanya membuat rawatan selepas Isyak," cerita Lokman pada pertemuan di Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah, baru-baru ini.

Penghujung 2010, beliau mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan di Suruhanjaya Sekuriti untuk memberi tumpuan kepada memberi rawatan dan bersama Ashraf, mereka bergabung tenaga menjayakan usaha itu.

Berbekalkan pengalaman 12 tahun dalam bidang perubatan al-Quran atau Quranic Medicine, Lokman kini sudah mengenal pasti 60 rangkaian ayat untuk penyakit kanser termasuk kanser payu dara, kulit dan hati.

Bagaimana beliau tahu ayat yang sesuai untuk sesuatu jenis penyakit, semua berpandukan kepada gerak hati kerana beliau tidak pernah bermimpi apa lagi mendengar bisikan suara. Selalunya, ayat baru diterima setiap kali kembali menunaikan umrah, setiap tahun.

Katanya, tidak dinafikan ada juga pesakit mempersoalkan surah diberi untuk diamalkan kerana apabila dibaca terjemahannya, tiada kaitan secara langsung dengan sakit dideritai pesakit atau situasi dilalui mereka.

"Memang ada. Macam ada yang minta ayat untuk murah rezeki, cari jodoh dan dapat anak, saya suruh baca surah al-Waqiah. Tetapi jika tengok makna surah al-Waqiah tiada kena mengena dengan rezeki atau jodoh tetapi ia mengenai hari kiamat.

"Inilah mukjizat al-Quran. Kita tidak tahu rahsia al-Quran hanya Allah saja yang tahu. Surah Israk, ayat 40 dan 55 untuk sakit jantung tersumbat. Beribu yang saya ubat dengan ayat itu, jantung tersumbat jadi baik.

"Rekod mereka di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan memang ada saluran jantung tersumbat tetapi sementara menanti pembedahan, mereka datang dan amalkan ayat itu, Alhamdulillah apabila diperiksa semula, saluran yang tersumbat sudah tiada lagi," katanya.

Bagaimanapun katanya, masih ada kes walaupun sudah mengamalkan surah diberi tetap perlu melalui pembedahan dan ada pelbagai sebab boleh menjelaskannya selain mengakui hakikat hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan.

Kerana itu juga, beliau tidak pernah menghalang pesakit yang datang ke pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah mendapat rawatan di hospital, malah akan menggalakkan jika itu dirasakan perlu demi kebaikan mereka.

"Proses penyembuhan tertakluk pada keredaan Allah, ada datang sekali sudah sembuh, ada datang banyak kali tetapi tidak juga sembuh. Jadi, saya tanya jika ada kesalahan dilakukan pesakit, minta ampun dulu kerana jika pergi hospital tetapi Allah tidak reda, tidak sembuh pun.

"Amalan rawatan menggunakan ayat al-Quran disokong doa dan dosa penghalang kepada doa. Macam mana doa nak dimakbulkan, kena buat banyak solat taubat.
Apabila kita minta ampun, dengan izin Allah kabulkan doa kita," katanya.

Jangan terkejut jika Lokman memberitahu hanya 30 peratus yang datang ke pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah mendapatkan rawatan berkaitan gangguan, sihir dan santau kerana 40 peratus adalah pesakit kanser dan selebihnya penyakit lain seperti epilepsi, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi serta kronik hepatitis.

Beliau berkata, bagi sakit gangguan seperti sihir atau santau, selepas dibuang mereka akan kembali sihat. Berbeza dengan penyakit kanser, banyak ayat serta surah perlu dibaca untuk menyembuhkan atau memperbaiki organ dalam badan, membunuh sel kanser atau darah tersumbat.

Penampilan dalam program Penawar Syifa' terbitan Astro Oasis dan segmen Syifa' dalam Nasi Lemak Kopi O di TV9 membolehkan beliau berkongsi ayat al-Quran untuk rawatan penyakit dengan masyarakat.

Ditanya tidakkah beliau bimbang perkongsian itu nanti mengurangkan jumlah mereka yang datang ke pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah, Lokman sambil tersenyum memberitahu, ayat al-Quran bukan haknya dan menjadi tanggungjawab beliau menyebarkan ayat Allah itu.

"Misi saya memartabatkan ayat al-Quran setanding perubatan moden. Jika orang boleh terima itu, Alhamdulillah. Saya gembira jika perkongsian ini memberi manfaat terutama mereka yang menghidap penyakit dan mencari penawarnya," katanya.

Tarikh 23 April mencatat sejarah untuk Pusat Perubatan Syifa' Al-Hidayah yang dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Turut dikongsi pada majlis gilang gemilang ialah hasrat Lokman untuk mendirikan hospital bercirikan persekitaran Islam.

Hospital berkenaan nanti akan sentiasa berkumandang ayat suci al-Quran dan ada ketikanya, ustaz serta ustazah dijemput membacakan ayat al-Quran. Itu impian dan tiga tahun ditetapkan sebagai tempoh menterjemahkan hasrat menjadi realiti.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cara pemakanan sempurna bermula di rumah

Posted: 29 Apr 2011 03:49 PM PDT

Agama

Halal, berkhasiat serta tak membazir ciri-ciri utama lahir masyarakat berkualiti

ISLAM bukan sekadar menuntut umatnya menitikberatkan persoalan kerohanian tetapi juga mendidik manusia bagaimana menjaga pemakanan yang betul untuk kesihatan tubuh badan. Anggota fizikal yang sihat, cergas serta bertenaga akan membina jiwa bersemangat, beriltizam, istiqamah dalam semua urusan serta memiliki kekuatan rohani melaksanakan ibadah kepada Allah.

Adab dan akhlak dalam soal pemakanan seperti mengawal nafsu makan, mengelak daripada makan terlalu kenyang, memilih makanan halal dan berkhasiat serta tidak membazir adalah ciri-ciri yang sangat diutamakan demi melahirkan masyarakat berkualiti yang terhindar daripada gejala penyakit. Allah berfirman yang bermaksud: "Makanlah makanan yang halal dan baik daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kamu. Dan patuhlah kepada Allah yang kepada-Nya kamu telah beriman." (Surah al-Maidah, ayat 88)

Isu obesiti atau kegemukan tidak terkawal dalam kalangan kanak-kanak sekolah mendapat perhatian umum akhir-akhir ini sewajarnya dapat diatasi jika pendidikan mengenai etika pemakanan dianjurkan Islam dilaksanakan dengan sempurna dan bersungguh-sungguh.

Dalam soal ini, ibu bapa sebagai kaunselor pertama wajar memainkan peranan penting dengan mendidik anak cara pemakanan yang betul bermula dari rumah. Ibu bapa wajar memastikan sumber rezeki yang akan dikongsikan bersama anak datang daripada sumber halal.

Rezeki dalam bentuk makanan, minuman atau wang ringgit yang jelas haram, syubhat, akan membentuk generasi lemah fizikal, mudah dijangkiti penyakit sama ada rohani atau jasmani selain sukar menguasai ilmu.
Malah, darah daging yang tumbuh hasil daripada rezeki haram akan dilaknat Allah serta disediakan pembalasan dalam bentuk seksaan neraka.

Rasulullah SAW mengingatkan perkara ini kepada umat Islam dalam hadis yang bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka api neraka saja yang layak untuknya." (Hadis riwayat Muslim)

Islam tidak boleh memandang mudah atau mengambil sikap acuh tidak acuh dalam soal makanan kerana apa saja yang masuk ke dalam halkum akan dinilai oleh Allah. Ia bukan sekadar untuk mengenyangkan perut semata-mata tetapi makanan turut mempengaruhi akidah.

Rezeki dalam bentuk makanan atau minuman yang berkat tentulah menjernihkan minda serta memudahkan kita menghafaz ayat al-Quran sebagai amalan seharian.

Rasulullah SAW sentiasa berhati-hati menjaga pemakanan. Baginda sama sekali tidak akan memakan sesuatu makanan yang dihidangkan jika tidak mengetahui sumbernya yang sebenar. Malah, bentuk badan Rasulullah SAW yang sederhana iaitu tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk menunjukkan keprihatinan Baginda dalam aspek pemakanan seimbang.

Sabda Baginda yang bermaksud: "Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makan untuk menguatkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri ketika beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian; satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas."

Sebagai umat akhir zaman yang sentiasa terdedah dengan pelbagai penyakit kronik, sewajarnya saranan Rasulullah SAW dicontohi dan diikuti kerana kesejahteraan hidup bermula daripada tubuh badan yang cergas dan sihat serta akal yang cerdas.

Allah amat melaknat orang yang gemuk kerana terlalu banyak makan dan minum. Kegemukan menjadikan seseorang itu lemah, malas melakukan sesuatu usaha dan membantutkan produktiviti.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah pemergian Nabi ialah kekenyangan perut. Sebab apabila sesuatu kaum itu kenyang perutnya maka akan gemuklah badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalelalah syahwatnya." (Hadis riwayat Bukhari)

Antara adab dan amalan Nabi ketika makan adalah makan mengguna jari tangan, tidak bernafas ketika minum, makan hanya ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang serta mengunyah makanan sehingga halus dan menghabiskan sisa makanan tanpa dibiarkan membazir.

Baginda juga tidak tidur selepas makan kerana tabiat ini memberi kesan buruk pada kesihatan. Antara makanan digemari Rasulullah SAW ialah susu, buah-buahan, kurma, daging kambing, madu, sayur-sayuran serta bubur yang mempunyai khasiat kepada tubuh badan.

Baginda sepanjang hayatnya tidak pernah mengalami penyakit berat kecuali penyakit ringan yang biasa dialami oleh manusia biasa. Kehebatan Rasulullah SAW menjaga gaya pemakanan menjadikan Baginda pemimpin disegani, ketua keluarga yang cergas, pahlawan perang yang kuat dan bertenaga selain memiliki kebijaksanaan akal yang tinggi.

Pelbagai penyakit kronik yang melanda umat Islam di seluruh dunia hari ini dapat dihindari andai kita berusaha bersungguh-sungguh menjaga tabiat pemakanan serta mengamalkan penjagaan kesihatan yang betul.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

0 ulasan

Harian Metro: Hati


Himpunan kasual lebih segar

Posted: 29 Apr 2011 09:40 AM PDT

MAXMARA, jenama mewah Itali yang sudah bertapak lebih 60 tahun dalam dunia fesyen antarabangsa dan menjadi pilihan ramai selebriti negara Barat.

Memiliki helaian jenama yang diasaskan oleh pereka Achille Maramotti itu bagaikan satu kelebihan buat wanita kerana rekaannya memenuhi cita rasa.

Sesuai dengan label eksklusif yang dibawanya, koleksi MaxMara adalah pilihan bagi wanita moden yang gemar berfesyen.

Himpunan terkini musim bunga jenama itu tidak kurang menarik untuk dimiliki.


Seperti koleksi sebelum ini, ia masih mengutamakan penggunaan fabrik mewah serta perincian jahitan yang kemas dan teliti.


Sesuai dengan musim yang penuh keceriaan, rekaan jenama itu kali ini banyak mengetengahkan warna ceria seperti oren, kuning, ungu dan coklat.

Pada majlis peragaan khas sempena penganjuran perlumbaan Formula Satu di Pusat Beli-Belah Pavilion baru-baru ini, MaxMara menampilkan 32 rekaan menarik daripada koleksi terbarunya.

Koleksi gaun malam atau koktel menampilkan rona cerah seperti kuning terang dan oren.

Tidak ketinggalan, MaxMara turut menampilkan koleksi kasual untuk wanita yang mahu tampil lebih bergaya.

Rekaan itu juga sesuai digayakan ke tempat kerja atau pada hujung minggu kerana ia praktikal dan selesa.

Koleksi pakaian kasual dipadankan dengan seluar panjang atau skirt itu diimbangi sentuhan moden, manakala rekaan klasik diberi nafas baru bagi menampakkan ia lebih segar.

Penekanan turut diberi pada pakaian menerusi potongan menarik, ringkas dan praktikal serta dipadankan dengan seluar panjang atau skirt.

Rekaan itu sesuai untuk wanita yang aktif dan bekerja, tetapi masih menampakkan gaya elegan yang anggun.

Untuk himpunan formal, rekaan gaun malam dan gaun koktel jenama itu masih menonjolkan gaya feminin bagi menyerlahkan lagi keanggunan pemakai. Ia tampil dengan warna sederhana seperti putih, ungu, hitam dan kelabu.

Jenama yang ditubuhkan pada 1951 itu turut melebarkan sayapnya di negara ini menerusi pembukaan butik di Pavilion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Butik terbaru itu adalah yang terbesar di rantau Asia Tenggara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belajar cara buat kerongsang

Posted: 29 Apr 2011 09:09 AM PDT

KERONGSANG memang pelengkap gaya. Pelbagai fesyen kerongsang dicipta bagi memenuhi permintaan pengguna yang pelbagai citarasa.

Ada yang memilih kerongsang kerana sinarnya, ada juga kerana keunikan fesyennya. Ada yang membeli kerongsang yang sesuai dipakai dengan pakaian tertentu saja.

Ada yang menghabiskan berhari-hari mencari kerongsang yang dimahukannya, tidak ketinggalan ada yang mengadu kecewa kerana gagal menemui kerongsang impiannya.
Sekiranya begitu, apa kata buat sendiri kerongsang.

Di Kristal Station DIY, pengunjung boleh membuat sendiri kerongsang, rantai dan gelang impian.

Caranya akan diajar oleh tuan punya kedai, Amrah Harun secara percuma.

Semua peralatan dan bahan untuk membuat apa saja aksesori wanita yang diingini itu juga boleh didapati di kedai Amrah dengan harga berpatutan.

Bagi yang baru mempelajarinya, cuba gaya yang ringkas dahulu supaya tangan boleh membiasakan diri dengan segala peralatan yang digunakan. Semakin anda mahir, cuba fesyen apa saja.

Bahan diperlukan:

  • Pin lembut
  • Kerongsang kecil berwarna putih
  • Loket berbentuk air mata
  • Penyangkut loket
  • Cincin saiz 8
  • 4 butir kristal merah
  • 4 butir kristal putih

    Terima kasih:
    ■ Kristal Station DIY, Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor (016-9063936)

  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    0 ulasan

    Utusan Online - Pahang


    Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

    Posted:

    Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

    Hari Mesra Pelanggan MPK lesu

    Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
    utusanpahang@pahang.com.my


    Zulkifli Yaacob (duduk, kanan) mendengar aduan seorang penduduk mengenai longkang rosak di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan di Kuantan, semalam.


    KUANTAN 29 April - Hari Mesra Pelanggan yang diadakan di ibu pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di sini kurang mendapat sambutan apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) itu hanya menerima kira-kira 20 aduan hari ini.

    Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, bilangan aduan itu dianggap rendah kerana program itu tidak diadakan di kawasan tumpuan awam.

    Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan program tersebut di kawasan tumpuan awam seperti di kompleks beli-belah dan taman perumahan pada masa akan datang.

    "Sebelum ini, kita mengadakan program bulanan di kawasan tumpuan orang ramai namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan ia terpaksa diadakan di ibu pejabat MPK.

    "Nampaknya kaedah mendekati orang ramai lebih berkesan di tempat tumpuan awam seperti kompleks beli-belah dan sebagainya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

    Menurut Zulkifli, antara aduan yang diterima pada program itu termasuk berkaitan jalan rosak, sampah, longkang tersumbat dan rosak serta kekurangan tempat letak kereta.

    Katanya, menerusi usaha tersebut, ia memudahkan MPK mendapat maklumat dan mengenal pasti masalah yang dihadapi dengan lebih cepat dan berkesan.

    "Kita juga dapat memberi penjelasan dan penerangan secara terus serta cuba menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin secara berperingkat," katanya.

    Tambahnya, MPK sentiasa mengalu-alukan orang ramai untuk memberi cadangan, pandangan atau aduan pada bila-bila masa.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

    Posted:

    Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

    Kes tibi di Jerantut turun 50 peratus

    JERANTUT 29 April - Kadar kes penyakit tibi berjaya dikurangkan lebih 50 peratus apabila sebanyak 44 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 104 kes pada 2009.

    Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Wan Abdul Rahim Wan Mohamad berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, sebanyak 12 kes penyakit tibi dikesan.

    Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya akan terus mempertingkatkan pengawasan walaupun kadar kes penyakit tibi di daerah ini semakin berkurangan.

    ''Tibi merupakan penyakit berjangkit yang wajar diberi perhatian serius.

    ''Penyakit tibi boleh dirawat hingga sembuh tetapi memerlukan jangka masa lama," katanya ketika berucap pada program 'Moh Cergas' sempena sambutan Hari Tibi Sedunia peringkat daerah di sini semalam.

    Majlis anjuran bersama Jabatan Kesihatan daerah dan Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

    Hadir sama, Pegawai Belia dan Sukan daerah, Wan Jaimi Wan Mustaffa dan Pengerusi MAYC Jerantut, Muhammad Razman Sidik.

    Menurut Wan Abdul Rahim, bagi memastikan penyakit tibi terus terkawal, penduduk perlu bekerjasama menerusi penyertaan dalam kempen kesedaran dan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

    Kata beliau, antara faktor menyebabkan penyakit itu terus menular kerana pesakit kurang peka kepada rawatan manakala penduduk mengabaikan penjagaan kesihatan hingga memudahkan jangkitan di kalangan ahli keluarga dan individu terdekat.

    ''Perkara ini amat membimbangkan dan wajar ditangani untuk mengelakkan penyakit tibi terus merebak.

    ''Semua pihak perlu membuat pemeriksaan untuk mengetahui status kesihatan masing-masing terutama yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap penyakit tibi," ujarnya.

    Justeru, kata beliau, pihaknya meminta penduduk membuat pemeriksaan awal untuk mengesan penyakit itu sekali gus mengelakkan daripada dibiarkan berterusan hingga sukar dipulihkan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Warga emas terharu terima kerusi roda

    Posted:

    Warga emas terharu terima kerusi roda

    Warga emas terharu terima kerusi roda


    Zali Ngah ceria ketika menerima kerusi roda dan kunjungan Bakkiss sambil diperhatikan Wan Azlan Wan Salleh (empat dari kanan) di Kuantan, semalam.


    KUANTAN 29 April - Seorang bekas nelayan yang menghidap pelbagai penyakit kronik terharu apabila menerima sumbangan kerusi roda daripada Badan Kebajikan Kemanusiaan dan Kemiskinan Mukim Beserah dan Sungai Karang (Bakkiss) di Kampung Pasir Garam, Beserah di sini hari ini.

    Sumbangan itu disampaikan Yang Dipertua Bakkiss, Wan Azlan Wan Salleh kepada warga emas terbabit, Zali Ngah, 73.

    Zali ketika ditemui bersyukur kerana sumbangan kerusi roda itu dapat mengurangkan beban isterinya, Teh Hassan, 56, dan anak bongsunya, Nurul Fatihah Husna, 16, yang selamanya ini menjaganya.

    "Saya terharu saya kerana sekian lama, ada juga orang yang bersimpati dan menghulurkan bantuan," katanya yang menghidap penyakit angin ahmar, kencing manis, darah tinggi dan lemah jantung sejak enam tahun lalu.

    Menurut Zali, isterinya juga kurang sihat selain mengalami masalah pendengaran menyebabkan banyak urusan rumah diserahkan terhadap Nurul Fatihah Husna.

    "Selama ini, pergerakan saya agak terbatas namun, dengan adanya kerusi roda ini bolehlah membantu saya bergerak tanpa terlalu bergantung kepada isteri dan anak," katanya yang mempunyai sembilan anak berusia antara 16 hingga 50 tahun.

    Sementara itu, Nurul Fatihah Husna mengakui kesukaran hidup keluarganya menyebabkan dia nekad berhenti sekolah sejak dua tahun lalu dan tidak sempat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

    "Saya bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan depan dan ingin memujuk bakal suami tinggal di rumah ini untuk menjaga kedua-dua ibu bapa," katanya yang sebelum ini menyimpan hasrat untuk menjadi doktor.

    Bagaimanapun, kata Nurul Fatihah Husna, mereka bernasib baik kerana dapat memiliki sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selain bergantung bantuan abang sulungnya yang menghulurkan wang untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

    Dalam pada itu, Wan Azlan berkata, sebagai sebuah badan kebajikan yang merangkumi kawasan Chendor hingga Beserah, pihaknya akan membantu keluarga terbabit untuk mendapat perhatian sewajarnya.

    "Kita akan merujuk kes keluarga ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain mengharapkan pihak lain tampil menghulurkan sumbangan sewajarnya," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
     

    Jengka 19 FELDA Jengka 19

    Copyright 2010 All Rights Reserved