Jumaat, 22 Julai 2011

Kosmo Online - Pesona


Kosmo Online - Pesona


Faisal mahu bayar hutang modal kek

Posted:

Faisal mahu bayar hutang modal kek

Faisal mahu bayar hutang modal kek

Oleh NURUL IZZA ROSLY



JANTUNGNYA berdegup kencang apabila pengacara majlis Tazneem Faisal Meerakutty menguar-uarkan nama pemenang tempat keempat dan ketiga kategori kek dan biskut pada acara Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011.

Ketika denyut jantungnya semakin laju, mata dan telinganya memberi tumpuan pada bait-bait kata yang dilontarkan dari bibir mungil pengacara yang berkulit hitam manis itu.

Hanya tinggal dua nama belum diumumkan yang bakal menentukan kedudukannya sama ada di tempat kedua atau di tempat pertama. Apabila Tazneem lancar menyebut nama Faisal Baharom sebagai juara, dadanya sesak menahan sebak. Emosinya tidak dapat dilindungi. Air jernih yang bertakung tumpah tanda kesyukuran. Ternyata penat lelahnya selama ini terbayar dengan kemenangan yang diraih.

Begitulah warna emosi yang terlukis pada wajah Faisal Baharom, 36, apabila dinobatkan sebagai juara kategori kek Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011. Dengan kemenangan tersebut, melayakkannya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta hamper Tupperware bernilai RM5,000.

Sebelum keputusan pertandingan diumumkan, penulis sempat mendekati Faisal yang pada ketika itu keresahan menanti kek Flora Daisy Cassava ciptaannya dibakar di dalam ketuhar.

Pembantu doktor di Juru, Pulau Pinang itu mengakui dirinya gementar dan gemuruh, namun perasaan tersebut perlu ditempuh kerana saat inilah yang dinanti-nantikan.

"Kerjaya saya sebenarnya bukan dalam bidang ini tetapi saya memang berminat membuat kek dan biskut sejak zaman remaja. Bagi menghasilkan resipi ini, saya melakukan beberapa cubaan bagi memastikan kek ini benar-benar sedap dan mampu menambat hari juri," katanya yang sempat melelapkan mata seketika dalam perjalanan ke lokasi pertandingan. Apa yang lebih istimewa, resipi ciptaan Faisal menggunakan ubi kayu sebagai salah satu ramuan dalam kek.


CHEF LIZA menyarungkan topi chef kepada Faisal yang berjaya memperoleh tempat pertama kategori kek pada majlis penyampaian hadiah Cabaran Daisy Sehebat Chef sambil disaksikan oleh Norulsakinah (kiri) dan Pengurus pengiklanan Kosmo, Stella Abdullah.


Sebelum keputusan diumumkan, Faisal memberitahu kejayaannya sampai ke peringkat akhir sudah cukup bermakna.

Menurut Faisal, setiap kali mendapat gaji dia akan gunakan wang tersebut untuk mencuba dan mencipta resipi-resipi baru. Saya tidak pernah berhenti mencuba. Ini merupakan cubaan kali kelima dan ia menjadi," katanya yang sebelum ini cuba membuat beberapa resipi seperti kek asam boi, kek purple berry, kek yogurt apple, biskut kurma badam dan biskut bakul Daisy.

Saat menghias kek, Faisal sebenarnya terasa amat kerdil kerana tiga pesaingnya yang lain, Mohd. Nawawi Alias, 24, Norazaliza Awang, 35, dan Misliha Juki, 42, berpengalaman dalam bidang aising.

"Ketika itu saya rasa susah hati. Tangan saya menggeletar ketika membuat hiasan pada kek kerana terlalu gemuruh. Saat itu teringat pesanan Chef Liza pada kelas mentor yang berlangsung dua hari sebelum hari pertandingan agar bertenang kerana ramai pengunjung menonton aksi saya membuat kek.

Hadiri kelas

"Hadiah kemenangan ini sebahagiannya akan saya gunakan untuk menghadiri kelas menghias kek supaya lebih mahir dan selebihnya saya akan bayar hutang kawan-kawan yang saya pinjam untuk buat modal dalam cubaan membuat kek sebelum ini," katanya yang menghabiskan lebih RM1,000 sepanjang menyertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang bermula di peringkat zon.



Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 merupakan aktiviti memasak yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Kosmo!, Minyak jagung Daisy dan Tupperware untuk membantu usahawan-usahawan kecil dan sederhana mengukuhkan serta mengembangkan perniagaan mereka.

Selepas empat minggu Cabaran Daisy Sehebat Chef 2011 yang pertama kali diadakan ini berlangsung di empat buah zon iaitu Zon Timur di pasar raya Giant Kuala Terengganu; Terengganu, pada 18 Jun, Zon Tengah di pusat beli-belah AEON AU2. Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 26 Jun; Zon Utara di pusat beli-belah Star Parade, Alor Setar, Kedah pada 2 Julai dan Zon Selatan di pasar raya Giant Tampoi, Johor Bahru, Johor pada 10 Julai dan fasa akhirnya di Plaza Shah Alam 17 Julai lalu.

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu (M) Berhad, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Mohd. Yazid Ahmad; Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman; Pengurus Pengiklanan Kosmo!, Stella Abdullah; Pengurus Jenama Daisy, Cecelia Lee dan Pengarah Pemasaran Tupperware Brands (M) Sdn. Bhd., Christine Wong.

Berlainan pula ceritanya dengan juara kategori biskut, Norulsakinah Mohammad Hanan, 27.

Suri rumah yang pertama kali memasuki pertandingan membuat kek dan biskut itu mempertaruhkan resipi biskut Kerang Mutiara Daisy.

"Saya terkejut saat nama saya diumumkan sebagai juara kategori biskut kerana peserta-peserta lain hebat-hebat belaka.


SELAIN bertungkus-lumus membuat kek ciptaannya sendiri, Faisal juga bijak menata rias meja hidangan dengan tema Hari Raya Aidilfitri mengikut konsep yang ditetapkan.


"Resipi biskut yang merupakan ilham saya sendiri dan dicipta tidak sampai seminggu sebelum dibawa bertanding di Zon Selatan," katanya mengakui rasa gemuruh ketika beraksi di khalayak ramai.

Tambah Norulsakinah, dia langsung tidak mempunyai asas membuat biskut tetapi gemar bereksperimen dengan mencuba resipi-resipi yang baru.

"Memandangkan masa yang suntuk, saya hanya sempat membuat dua kali cubaan sebelum pertandingan hari ini. Apa pun terima kasih pada suami yang banyak membantu menemani saya sepanjang cabaran ini berlangsung.

"Duit kemenangan ini akan saya gunakan untuk percutian bersama keluarga," ujarnya yang membelanjakan lebih RM1,000 sepanjang petandingan itu berlangsung di peringkat zon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

TUNGGANG BASIKAL HEBAH MESEJ HIJAU

Posted:

TUNGGANG BASIKAL HEBAH MESEJ HIJAU

TUNGGANG BASIKAL HEBAH MESEJ HIJAU


KEPUASAN dan kegembiraan terlukis di wajah 60 kakitangan City berhad selepas berjaya menamatkan kayuhan sejauh 20 kilometer.


SEDANG semua orang sibuk memulakan tugas di pejabat, lain pula agenda 60 kakitangan Sunway City Berhad apabila berkumpul di depan lobi Menara Sunway, Bandar Sunway Petaling Jaya seawal pukul 9 pagi Jumaat awal bulan lalu.

Mereka berhimpun bukan untuk berpiket terhadap majikan sebaliknya, mahu menjayakan program sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada tanggal 5 Jun setiap tahun.

Hari Alam Sekitar Sedunia bermula pada tahun 1972 dan ia semakin berkembang sehingga menjadi salah satu acara oleh Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membangkitkan kesedaran orang ramai di seluruh dunia mengenai alam sekitar.

Bagi menyambut baik usaha tersebut, pihak pengurusan Sunway City mendeklarasikan cuti pada hari Jumaat 3 Jun lalu bagi membolehkan 60 kakitangannya menyebarkan mesej hijau gaya gerila.

Masing-masing tidak kira lelaki mahupun wanita lengkap berpakaian sukan, berkasut sukan di atas basikal masing-masing dengan berpakaian rona hijau lemon serta berhelmet seakan-akan tidak sabar untuk memulakan kayuhan hijau.

Sejurus dilepaskan oleh Pengarah Urusan Pembangunan Hartanah Sunway City Berhad, Ho Hon Sang, kesemua mereka memulakan kayuhan dengan sorakan dengan diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Sunway City, Ong Ghee Bin.


SERAMAI 60 kakitangan Sunway City Berhad memulakan kayuhan hijau dengan penuh semangat.


Kesemua penunggang dengan penuh semangat turut membawa sepanduk bendera yang tertera pelbagai mesej hijau seperti Don't be mean, Go Green, I'm Eco-Driven dan Green Powered dengan harapan menggalakkan penggunaan basikal sebagai pengangkutan alternatif bagi menjaga alam sekitar sepanjang kayuhan berlangsung.

Kayuhan sejauh 20 kilometer yang bermula di Menara Sunway ke Galeri Jualan Sunway City di Kota Damansara mengambil masa lebih dua jam itu mendapat perhatian pengguna laluan lebuh raya New Pantai Expressway (NPE).

Kayuhan basikal yang membelah lebuh raya NPE itu diiringi polis trafik bermotosikal bagi menjamin keselamatan para penunggang basikal.

Walaupun matahari mula memancar terik, para peserta masih gagah meneruskan kayuhan sungguh pun ada di antara penunggang ketinggalan jauh di belakang. Namun, yang jelas tidak ada seorang pun yang berhenti daripada mengayuh basikal masing-masing.

Gaya hidup mapan


PELBAGAI mesej hijau dikibarkan sepanjang kayuhan oleh para peserta.


Sunway City menekankan falsafah Gaya Hidup Sihat dan Mapan (LOHAS) yang mementingkan penjagaan alam sekitar dalam pembangunannya.

"Melalui usaha ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai alam sekitar dan mengingatkan mereka setiap hari mengenainya. Kita boleh melakukan sesuatu usaha yang kecil bagi menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar.

"Sunway City telah mendahului dalam pembinaan pembangunan mapan. Usaha kreatif oleh kumpulan kami ini adalah satu langkah kehadapan untuk menawan minat orang awam berimaginasi bagi melakukan pembaharuan mapan," kata Hon Sang.

Selepas selesai melakukan kayuhan, kesemua 60 basikal kemudian diserahkan kepada pembangunan kediaman Sunway City dalam majlis yang berasingan untuk menggalakkan gaya hidup mapan.

Sunway Sutera yang telah diserahkan kepada pemilik pada tahun 1999 dan lain-lain pembangunan kediaman seperti Sunway Opal, Laman Impian, Sunway Challis, Sunway Cita Damansara dan Sunway Parkville akan menerima 10 basikal melalui inisiatif itu. - NURUL IZZA ROSLY

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lafaz cerai perlu jelas

Posted:

Lafaz cerai perlu jelas

Lafaz cerai perlu jelas

BARU-BARU ini saya telah terlafaz cerai terhadap isteri saya ketika dalam keadaan marah. Adakah jatuh talak pada isteri saya?

JAWAPAN:

Pasangan suami isteri yang telah diijabkabulkan dengan cara yang sah dari segi syarak mempunyai tanggungjawab terhadap rumah tangga yang telah dibina.

Walaupun Islam menetapkan talak itu di bawah kuasa suami namun, secara umumnya talak tersebut jatuh sekiranya ia dilafazkan dengan lafaz yang sorih (jelas) sekalipun tanpa niat dan dalam keadaan marah yang biasa, dilafazkan oleh suami yang berakal, baligh dan dengan pilihan sendiri.

Talak bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Ini selaras dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud: "Tiga perkara yang sekiranya dibuat sungguh-sungguh atau mempermain-mainkannya akan terjadi iaitu nikah, talak dan rujuk (Hadith riwayat al-Tirmizi,Abu Daud dan Ibnu Majah).

Oleh itu anda dinasihatkan merujuk ke Mahkamah Syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut dengan segera. Mahkamah Syariah sahaja yang mempunyai bidang kuasa untuk mengesahkan sesuatu lafaz talak itu sama ada jatuh atau tidak.

Walaupun perceraian diharuskan syarak, langkah bijak perlu diambil bagi mengelak daripada berlakunya konflik yang boleh membawa kepada perceraian. Antaranya:

i) Pasangan perlu sentiasa bersikap terbuka apabila berdepan dengan sesuatu isu atau masalah, tidak mudah melenting, segera meminta maaf bila menyedari kesalahan diri dan sentiasa bertolak ansur di dalam rumah tangga.

ii) Amalkan teknik komunikasi berkesan dalam pergaulan suami isteri. Firman Allah yang bermaksud "... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik"(al Baqarah : 19)

iii) Menerima pasangan seadanya iaitu suami atau isteri perlu mengakui kelebihan dan kekurangan yang ada pada pasangan mereka.

KINI banyak kubur yang dikelilingi dengan batu-bata malah, ada yang membina kubur ahli keluarga dengan marmar dan membuat bumbung. Apakah hukumnya membina kubur? Adakah boleh dicantikkan atau dibiarkan kosong hanya berbatu nisan sahaja?

JAWAPAN:

Berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bermesyuarat pada 25 Mei 2010 telah memutuskan tetap berpegang kepada keputusan yang dibuat pada 26 Mei 1976 berkaitan hukum membuat binaan di atas kubur:

i. Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur yang tanah kubur itu dimiliki oleh orang yang telah membuat binaan tersebut. Hukumnya harus jika membuat binaan yang bertujuan menyelamatkan kubur itu daripada digali atau dikorek oleh binatang buas atau diruntuh oleh banjir atau seumpamanya.

ii. Haram dibuat binaan di dalam atau di atas kubur apa jua jenis dan bentuk binaan yang kekal selepas hancur mayat tanpa tujuan seperti di atas sekiranya kubur itu di dalam tanah yang disediakan untuk perkuburan atau yang diwakafkan untuk perkuburan dan wajib dirobohkan binaan tersebut kerana ia menghalang orang Islam daripada menggunakan tempat perkuburan itu. Bagi meruntuhkan binaan tersebut mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran kadi atau kebenaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah kerana dikhuatiri berlaku perbalahan, pergaduhan dan sebagainya. Batu-batu dan perkakas-perkakas binaan menjadi hak milik waris-warisnya atau sekiranya waris enggan mengambilnya maka ia menjadi hak Baitulmal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Jengka 19 FELDA Jengka 19

Copyright 2010 All Rights Reserved