Khamis, 23 Jun 2011

Berita Harian: Ratu


Berita Harian: Ratu


Soya asas kesihatan diri

Posted: 22 Jun 2011 06:55 PM PDT

Ratu

Berkhasiat memutih, licinkan kulit dan seimbangkan hormon

WANITA dikatakan mula dijengah kedut pada awal usia 40-an, namun jika ada penjagaan teliti dan sempurna terhadap kulit wajah, anda mungkin dapat menikmati 'usia muda' lebih lama berbanding wanita lain.

Begitupun, kemajuan teknologi kini banyak membantu wanita memiliki 'rasa muda' menerusi pelbagai cara walaupun ada wanita setia mengamalkan cara tradisional menjaga kulit wajah supaya tidak dimamah usia.

Ada yang berasa muda apabila mereka masih mampu keluar beriadah bersama keluarga mahupun rakan atau takrif muda pada wanita adalah tiada sebarang kedut pada wajah dengan badan berasa sihat serta cergas. Kenyataannya rasa muda mencetus banyak pengertian bergantung kepada pengisian individu terhadap penjagaan kecantikan dan diri mereka sendiri. Pengambilan makanan tambahan juga dikatakan dapat membantu kesihatan diri ke arah yang lebih bermutu.

Sama disedari atau tidak, banyak makanan tambahan berasaskan bahan tumbuhan semula jadi daripada alam sekitar mempunyai banyak manfaat untuk kesejahteraan badan sekiranya anda tahu kebaikan yang ada pada tumbuhan berkenaan.

Soya umpamanya, sejak berzaman diproses menjadi minuman enak penghilang dahaga selain masyarakat sudah mengetahui khasiat kacang lonjong itu ialah berupaya memutih dan melicinkan kulit selain boleh menggantikan susu sebagai minuman.

Pengurus Pemasaran Nuvafemme, Datin Swanee Teh, berkata soya sejenis bahan khas yang boleh didapati dalam soya membawa banyak kebaikan kepada wanita terutama bagi mereka yang mencari bahan sihat untuk kesihatan diri.
"Bahan berkenaan dinamakan soy isoflavone dan ia boleh ditemui dalam soya. Ekstrak daripada soy isoflavone itu menerbitkan genistein.

"Genistein adalah bahan aktif dalam makanan tambahan berkenaan dan ia menyerupai hormon wanita di dalam badan iaitu estrogen. Ia membantu menyeimbangkan hormon, menjadikan kulit lebih muda, payu dara lebih tegang dan tulang lebih kuat," katanya pada majlis pengenalan duta Nuvafemme, di ibu kota baru-baru ini.

Sehubungan itu, apabila hormon dalam badan seimbang wanita akan mengalami rasa tenang dan tenteram serta isu penuaan bukan lagi menjadi suatu kerisauan kerana keyakinan terhadap kewanitaan yang sempurna sememangnya tidak ternilai.

Secara keseluruhannya, makanan tambahan ini sesuai untuk wanita yang inginkan kulit kelihatan muda berseri, tulang menjadi lebih kuat serta mencegah risiko tulang rapuh, pengurangan ketinggian dan tulang belakang yang bongkok.

Duta Nuvafemme, Fatimah Abu Bakar dan anak perempuan beliau, Syarifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya turut berkongsi pengalaman sepanjang mencuba makanan tambahan untuk kebaikan kesihatan diri.

Fatimah berkata, pada usia yang sudah mencecah lebih 50, beliau berasa sihat dan gembira kerana memiliki kulit yang sihat serta tidak mengalami sebarang masalah dengan tulang serta masih aktif bekerja.

"Pengambilan makanan tambahan itu menjadikan kulit saya lembap dan garis halus pada wajah juga tampak berkurangan. Saya juga melihat sesetengah wanita menjadi bongkok akibat dimamah usia.

"Jadi keyakinan saya terhadap makanan tambahan ini bertambah apabila mengetahui ia dapat membantu menguatkan tulang wanita. Produk ini menjadi satu kelegaan kepada saya kerana memberi kebaikan yang menyeluruh," katanya.

Pendapat Fatimah turut disokong Aleya yang juga ibu kepada dua anak kembar mengenai kebaikan makanan tambahan berasakan soya itu.

Aleya berkata, pengambilan makanan tambahan itu menjadikan beliau memiliki kualiti diri yang membuatkan beliau berasa lengkap sebagai seorang wanita walaupun kadangkala sentiasa sibuk dengan dengan urusan kerja dan mengurus dua anak kembar di rumah.

"Selepas mengambil makanan tambahan ini, saya dapat merasai perubahan pada kulit saya. Kulit menjadi lebih halus, malah anggota badan yang lain juga menjadi lebih baik terutama pada bahagian dada.

"Payu dara menjadi lebih anjal, makanan tambahan ini memang membantu saya memiliki semuanya sebagai seorang wanita. Paling penting ia menjadikan saya lebih berkeyakinan," katanya.

Makanan tambahan ini boleh didapati di semua farmasi besar seluruh negara pada harga RM98 sekotak mengandungi 50 tablet manakala kotak 90 tablet pula berharga RM159 pada harga pengenalan.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Belajar jadi mekanik

Posted: 22 Jun 2011 06:53 PM PDT

Ratu

Pengetahuan asas penyelenggaraan kereta penting kepada pemandu

PERCAYA atau tidak, ada pemandu yang sudah bertahun-tahun memandu tetapi masih tidak tahu di mana letaknya tangki minyak enjin. Lebih teruk, ada yang tidak tahu di mana letaknya alat penarik untuk membuka hud kereta bagi memeriksa komponen yang ada di dalamnya termasuklah bateri, tangki air pencuci cermin depan, turas udara dan sebagainya.

Pengetahuan cetek atau naif seperti itu lazimnya, dikaitkan dengan pemandu wanita yang mana segelintir mereka, lebih senang menyerah dan memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mekanik atau pasangan bagi pemeriksaan serta penyelenggaraan asas kereta miliknya.

Jurulatih Automotif, Nusajaza Goodyear Autocare Centre, Mohd Henzee Hemzah, berkata pengetahuan asas mengenai penyelenggaraan kereta dan juga cara pemanduan selamat adalah penting sama ada pemandu lelaki atau wanita kerana ia memberikan banyak manfaat. Melakukan penyelenggaraan asas kereta yang baik, katanya, bukan hanya untuk memastikan kereta berada dalam keadaan selamat tetapi membantu menjimatkan kos dalam jangka panjang dan memberikan ketenangan minda.

Begitu juga mengetahui dan mengamalkan cara pemanduan selamat, sekurang-kurangnya berupaya membantu mengurangkan kemalangan sama ada yang membawa kecederaan atau kehilangan nyawa.

"Penyelenggaraan asas kereta yang baik jika dibuat boleh meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kos pembiayaan di bengkel. Ia juga memberikan kepuasan, lebih selesa dan keyakinan kepada pemandu. Pemanduan selamat pula boleh memastikan perjalanan lancar serta tiba di destinasi dengan selamat," katanya ketika mengendalikan bengkel, Goodyear Women with Drive di Shah Alam, baru-baru ini.

Bengkel khidmat masyarakat percuma latihan kelangsungan hidup pertama itu anjuran Nusajaza Goodyear Autocare Centre. Bengkel sehari yang disertai 23 peserta itu bertujuan mendidik dan memperkasa wanita dengan pengetahuan serta kemahiran selok-belok penjagaan kereta serta keselamatan jalan raya.
Sepanjang bengkel, peserta diajar mengenai penjagaan asas kereta seperti fungsi komponen yang berlainan di bawah hud kereta, menetapkan kedudukan memandu dengan betul, amalan memandu terbaik dan pemeriksaan asas enjin kereta dan tayar.

Pada masa sama, peserta turut diberikan penerangan dan didedahkan mengenai aspek teknikal serta berkongsi masalah yang pernah mereka hadapi. Selain kelas teori, peserta diajar cara dan diberi peluang mencuba sendiri untuk menggantikan tayar pancit.

Mohd Henzee dalam sesi latihannya berkata turut menjelaskan ada tiga jenis minyak enjin iaitu minyak enjin berasaskan mineral, semi sintetik dan sintetik penuh. Penggunaan sesuatu minyak enjin itu bergantung kepada hayat sesebuah kereta.

"Penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai akan menyebabkan prestasi enjin menurun, susah untuk dihidupkan, hayat enjin tidak lama dan keberkesanan bahan bakar menurun," katanya sambil menyarankan menukar minyak enjin mengikut tempoh ditetapkan sebagai langkah terbaik meningkatkan prestasi kereta.

Sebelum memandu dan memulakan perjalanan jauh, Mohd Henzee turut menasihatkan individu memastikan tubuh sudah bersedia untuk memandu, rehat yang cukup dan jangan makan terlalu kenyang.

"Jika kenyang atau lapar mengganggu tumpuan pemanduan. Elakkan memulakan perjalanan dalam keadaan tergesa-gesa. Pastikan postur badan ketika memandu betul kerana ia mempengaruhi keadaan anda ketika memandu," kata Mohd Henzee.

Pemandu digalakkan membuat regangan pada tangan, badan dan otot kaki serta mengubah posisi pemanduan beberapa kali bagi mengelakkan kelesuan dan tekanan akibat posisi statik.

"Ada juga pemandu apabila memandu memberikan fokus sepenuhnya memandang berterusan ke hadapan jalan raya tetapi mengabaikan pandangan kiri dan kanannya. Memberikan fokus ketika memandu memang baik tetapi ia perlulah merangkumi seluruh persekitaran anda. Apabila memandu juga jangan biarkan diri anda dalam keadaan tertekan, misalnya jika ada tekanan di pejabat lupakan hal itu ketika memandu," katanya.

Tambah Mohd Henzee, ramai yang memandang remeh mengenai posisi memandu, padahal ia adalah aspek penting untuk memaksimumkan kawalan pemanduan.

"Jangan duduk terlalu jauh daripada stereng kerana tangan anda mungkin tidak mampu bertindak pantas mengawal situasi ekstrim jika hilang kawalan pemanduan," ujarnya.

Pemandu wanita turut dinasihatkan, mengelakkan memandu menggunakan kasut tumit tinggi ketika memandu kerana pemakaian reka bentuk seumpama itu hanya akan mengurangkan keberkesanan memijak pedal.

Justeru, wanita digalakkan memakai sandal atau kasut tapak rata bagi memudahkan pemanduan.

"Selain itu jangan meletakkan kasut serta botol air di bawah kerusi pemandu kerana dikhuatiri tersekat di bawah pedal brek yang menyebabkan anda tidak boleh menekan pedal brek sepenuhnya jika berlaku kecemasan," jelasnya.

Sementara itu rakannya, Azlizal Suli memberikan penerangan mengenai kepentingan sistem penyejuk yang berfungsi untuk menyejukkan enjin.

Azlizal berkata, ramai yang tidak tahu kedudukan bekas sistem penyejuk dan ramai juga yang salah anggap dengan hanya meletakkan air tanpa meletakkan sebarang bahan pendingin pada hal ia penting untuk sistem penyejukan enjin.

"Anda perlu meletakkan 50 peratus air dan 50 peratus bahan pendingin supaya ia lebih berkesan. Tidak seperti minyak enjin, ia tidak perlu kerap ditukar kerana ia mampu bertahan sehingga 10 tahun. Anda hanya perlu tambahkan air atau bahan pendingin saja jika ia berkurangan," katanya.

Untuk memeriksa minyak enjin, Azrizal memberitahu antara langkah awal yang perlu dibuat ialah memastikan kereta di parkir tempat yang rata.

Pemeriksaan tahap minyak enjin sebaik-baiknya dibuat ketika enjin dalam keadaan sejuk dan jika panas atau baru saja dipandu biarkan enjin berkenaan rehat sekurang-kurangnya selama lima minit sebelum pemeriksaan dibuat manakala bagi mendapatkan bacaan tanda aras minyak enjin dengan tepat, seelok-eloknya buat bacaan beberapa kali.

"Apabila memeriksa tanda aras minyak enjin, periksa juga keadaan minyak itu. Jika warna minyak itu terlalu hitam dan tiada langsung ada warna keperangan, bermakna ia perlu diganti," ujarnya.

Pengarah Nusajaza, Adenan Masul pula memberikan penerangan mengenai tayar khususnya, cara untuk memeriksa dan kepentingan penjagaannya.

Adenan menekankan pemeriksaan tekanan tayar perlu dibuat sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan setiap kali sebelum perjalanan jauh berikutan tekanan angin adalah perkara paling penting dalam penjagaan tayar.

Tambahnya, tekanan angin rendah adalah punca utama yang merosakkan tayar dan apabila ia bergerak, akan mengalami kenaikan suhu tinggi serta pengurangan kemampuan membawa beban akibat dari lenturan dinding sisi yang berlebihan, sekali gus meningkatkan penggunaan petrol.

"Pemeriksaan tekanan angin mestilah dilakukan ketika tayar masih sejuk sekurang-kurangnya apabila sesebuah kereta itu diletakkan selama tiga jam dan tidak dipandu melebihi 1.6 kilometer. Jika tekanan diambil apabila tayar masih panas, bacaannya tidak tepat.

"Anda perlu menggantikan tayar bila tiba waktunya, selain perlu periksa angin dalam tayar kereta mencukupi sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Jika hujan dan keadaan jalan raya basah, jangan memandu melebihi 80 kilometer (km) sejam. Kelajuan 60km sejam sesuai kerana permukaan jalan yang berair akan menyebabkan tayar terapung dan tidak mencengkam sekali gus hilang kawalan pemanduan.

Program 'Women with Drive' dibawakan oleh Goodyear Malaysia dengan kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh mendaftar dan mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai program ini di laman web rasmi Goodyear di www.goodyear.com.my.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Jengka 19 FELDA Jengka 19

Copyright 2010 All Rights Reserved